Bagi yang gemar melancong ke Jepun, pasti anda familiar dengan rangkaian kedai diskaun Don Don Donki yang cukup dikenali dalam kalangan pelancong terutama sekali rakyat Malaysia.

Umum mengetahui, Don Don Donki telah membuka cawangan pertamanya di Malaysia dan memilih Lot 10 sebagai lokasi pertama cawangan kedai tersebut. Sudah pasti berita tersebut telah membuatkan orang ramai berasa teruja dan tidak akan melepaskan peluang berkunjung ke kedai ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, beberapa gambar keadaan di Lot 10, Bukit Bintang telah tular di media sosial. Melihat pada gambar tersebut, orang ramai sanggup beratur sehingga ke luar bangunan dan juga beratur panjang dalam bangunan 3 tingkat tersebut demi untuk menjadi yang terawal berkunjung ke Don Don Donki.

Menjenguk ke ruangan komen, para netizen mengatakan orang ramai menyerbu kedai tersebut seperti tiada hari esok. Bukan itu sahaja, rata-rata netizen berasa terkejut ramai sanggup beratur panjang semata-mata untuk ke kedai ini.

Screenshot 2021-03-21 at 11.13.05 AM

Screenshot 2021-03-21 at 11.13.51 AM

Screenshot 2021-03-21 at 11.14.45 AM

Adakah anda sudah ke Don Don Donki ini? Menurut anda, kenapa kedai Don Don Donki ini menjadi kedai kegemaran ramai orang?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Rentas Negeri Untuk Bulan Madu, Pasangan ‘Instafamous’ Ini Dipanggil Pihak Polis

‘Malaysia King’ Buat Hal Di Amerika Syarikat, Bakal Hadapi Hukuman Penjara Lebih 10 Tahun