Hujung minggu ini akan dilancarkan kasut edisi khas adidas, YEEZY BOOST 350 V2 ‘Semi-Frozen Yellow’. Ianya hanya dijual di adidas Originals KLCC sahaja dan anda perlu mendapatkan tiket raffle untuk sah menyertai cabutan undi untuk membeli kasut ini. Hanya 500 keping tiket raffle dikeluarkan oleh pihak adidas Originals KLCC.

https://www.instagram.com/p/Bbe63aBjPQb/?tagged=semifrozenyellow

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

y2

Jadi untuk merasa sendiri hype kasut ini, kami menerjah KLCC seawal 5 pagi untuk melihat gelagat ‘peminat’ YEEZY yang ingin membeli kasut ini. Baru jam 5 pagi, memang sudah ramai yang beratur di pintu depan KLCC. Pintu hanya akan dibuka jam 6 pagi dan kemudiannya mereka perlu pula beratur di dalam untuk tulis butiran peribadi untuk mendapat satu tiket raffle.

Bila jam menunjukkan masa 5.50 pagi, ramai yang sudah tidak sabar untuk berlari dan beratur di dalam pula. Kekecohan hampir berlaku apabila ada pintu masuk lain di KLCC ini sudah dibuka lebih awal. Di KLCC ada 4 pintu utama. Jadi ada pengawal di pintu lain yang sudah membuka pintu lebih awal dan ada pembeli yang sudah berlari pantas untuk beratur.

Pengawal di pintu kami agak panik dan terus membuka pintu sejurus perasan ada kumpulan yang sudah masuk. Suasana yang tenang pada awalnya bertukar sedikit kucar-kacir apabila ramai yang menyerbu pintu untuk masuk.

Sampainya di atas, barisan pun sudah panjang berjela. Ingatkan jumlah yang datang kurang daripada 500 orang, tetapi tanggapan kami salah kerana bilangan orang yang datang memang melebihi jumlah tiket raffle yang disediakan. Begitulah betapa fanatiknya ‘peminat’ kasut YEEZY ini.

y3

y8

Tahniah diucapkan pada mereka yang menjadi 500 orang pertama dan perlu datang kembali ke KLCC esok pagi untuk cabutan undi. Steady betul sebab dengar cerita ada yang sanggup menyorok semalaman di dalam tandas KLCC semata-mata mahu menjadi salah seorang pemegang tiket raffle.

Walaupun semuanya terkawal, tetapi masih ada juga kekecohan yang berlaku di salah satu pintu utama. Mungkin selepas ini pihak pengurusan adidas Originals KLCC dapat membuat satu barisan khas (atau barisan di satu pintu sahaja) jika akan ada lagi drop kasut edisi khas YEEZY di masa akan datang. Pada yang menjadi salah seorang pemegang tiket raffle ini, selamat berjaya.

https://www.instagram.com/p/BbkbjKzjrtX/