Sebut sahaja Syawal, pastinya orang ramai akan mengingatinya sebagai bulan yang penuh dengan kegembiraan. Bermula dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri, bulan ini turut dihiasi dengan budaya rumah terbuka serta ziarah-menziarah bagi merapatkan lagi hubungan silaturahim bersama rakan dan juga keluarga.

Bersempena dengan bulan yang penuh sambutan ini, Matrix Concepts juga tidak terlepas dalam mengadakan rumah terbuka mereka yang bakal diadakan di Resort Homes, Bandar Sri Sendayan. Rumah terbuka ini dibuka buat semua tetamu dimana anda boleh beramah mesra bersama dua selebriti terkenal yang bakal turut hadir bersama iaitu Chef Wan dan Hunny Madu.

Minangkabau Raya – Billboard (Sendayan CBD 20x40ft) FA

Tidak sah rasanya jika rumah terbuka tidak dijamu dengan pelbagai pilihan juadah raya yang enak-enak. Sebut sahaja sama ada lemang, rendang, lontong, mee goreng, cendol durian kesemuanya ditawarkan dibawah satu bumbung.

Tidak hanya menawarkan juadah yang enak, anda juga bakal dihiburkan dengan dihiburkan dengan persembahan gamelan serta kumpulan muzik Arab. Menarik bukan?

05 KETUPAT

PAS_MOKLRamadanChefWan_1-e1496302126660
Turut disertai oleh Chef nombor satu Malaysia, Chef Wan. Sumber: Robb Report Malaysia

Buat anda yang ingin kembalikan nostalgia seakan beraya sewaktu zaman kanak-kanak anda, mungkin ini rumah terbuka yang anda perlu anda nantikan. Pelbagai pilihan permainan tradisional turut tersedia untuk anda berhibur bersama rakan-rakan atau keluarga merangkumi congkak, sepak takraw, batu seremban, gasing serta chapteh.

07 CONGKAK

08 BATU SEREMBAN

Apa lagi? Ayuh memeriahkan Rumah Terbuka Resort Homes Bersama Chef Wan & Hunny Madu. Mungkin ini masanya untuk anda dapatkan tips masakan daripada Chef nombor satu Malaysia sambil menjamah aneka pilihan makanan yang tersedia.

Print