Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Basikal EUC mula menarik perhatian orang ramai kerana reka bentuknya unik dan futuristik serta bersaiz kompak yang memudahkan pengguna membawa kenderaan tersebut ke mana-mana.

Sedikit info mengenai kenderaan ini, basikal Electric unicycle (EUC) merupakan sebuah pengangkutan self balancing yang hadir dengan satu roda utama, motor elektrik, motor, bateri dan bahagian elektronik lain.

Baru-baru ini orang ramai berkongsi pelbagai pendapat tentang penggunaan EUC di kawasan lebuh raya setelah melihat beberapa gambar keping gambar tular di mana seorang lelaki menunggang kenderaan tersebut di lebuh raya.

Difahamkan lelaki ini telah menggunakan basikal EUC sebagai pengangkutan utama ke tempat kerja sejak beberapa tahun lalu. Menurut orang ramai, lelaki tersebut menggunakan kenderaan itu kerana fobia menaiki motosikal.

Namun tindakkan lelaki tersebut telah menarik perhatian orang ramai yang majoritinya tidak bersetuju dengan penggunaan basikal EUC terbabit di kawasan lebuh raya atas faktor keselamatan.

Tambah orang ramai lagi, pengguna basikal EUC mempunyai risiko lebih tinggi terdedah kepada kemalangan berbanding penggunaan motosikal kerana kekurangan ciri-ciri keselamatan pada basikal terbabit.

Sumber Gambar: Facebook Brainless Driver Malaysian Edition

Sumber Gambar: Facebook Brainless Driver Malaysian Edition

Sumber Gambar: Facebook Brainless Driver Malaysian Edition

Sumber Gambar: Facebook Brainless Driver Malaysian Edition

Sumber Gambar: Facebook Brainless Driver Malaysian Edition

Sumber Gambar: Facebook Brainless Driver Malaysian Edition

Pada masa yang sama ada pengguna media sosial mendakwa dia salah seorang kawan kepada lelaki terbabit berharap agar orang ramai mendoakan yang baik-baik kepada rakannya.

Ada juga netizen mendakwa orang Malaysia masih tidak boleh menerima perubahan teknologi pengangkutan masa kini yang telah menjadi salah satu alternatif bagi mengurangkan kesesakan jalan raya.

Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut mengenai kenderaan bertayar satu ini yang mampu bergerak selaju 50km/j dan sejauh 120km/j dalam satu pengecasan penuh.

Unik Dan Futuristik, Lelaki Ini Buktikan Basikal EUC Mampu Ditunggang Menaiki Bukit Fraser

Anda Mungkin Suka