Semalam bermulanya tayangan di seluruh dunia untuk Avengers: Endgame versi ‘terbaru’. Ketika versi ini diumumkan oleh presiden Marvel Studios, Kevin Feige, ianya mendapat respon bercampur daripada peminat; ada yang teruja dan ada yang beranggapan mereka sudah kena game sekali lagi dengan Marvel.

Jadi ramai yang tertanya-tanya adakah berbaloi untuk pergi menonton Endgame sekali lagi semata-mata untuk melihat adegan tambahan selama 7 minit? Ada rakan kami yang sudah menonton Avengers: Endgame 2.0 ini semalam dan berkongsikan serba sedikit adegan baharu yang anda bakal lihat. Amaran, ulasan mengandungi spoiler. Teruskan membaca jika anda tidak kisah.

Bas Smart Selangor Cover
HYPE
Patutkah Caj RM1 Dikenakan Buat Warga Asing Yang Naik Bas SMART Selangor?
Baca lagi →

Tiada langsung babak tambahan yang akan mengubah jalan cerita filem Endgame sedia ada. Tiada alternate ending untuk Endgame bagi versi 2.0 ini. Tony Stark tetap mati dan Captain America yang baharu tetap milik Falcon.

endgame

“Avengers, assemble!”

Babak tambahan selama 7 minit hanyalah sekadar segmen tribute buat Stan Lee, deleted scene yang tidak dimasukkan dalam Endgame dan adegan eksklusif untuk filem Spider-Man: Far From Home.

Jadi, adakah berbaloi untuk pergi menonton Avengers: Endgame 2.0? Bagi kami tidak kerana ianya hanyalah ‘permainan’ Marvel Studios bagi menambah kutipan Avengers: Endgame untuk cubaan memintas filem Avatar. Ianya juga dilihat sebagai salah satu aktiviti promosi tidak langsung untuk filem Spider-Man: Far From Home.

Nasihat kami adalah untuk anda simpan duit dan tonton Spider-Man: Far From Home sahaja minggu hadapan. Tetapi jika anda tetap mahu menonton Endgame 2.0 ini, kami tidak menghalang asalkan ianya memberi kepuasan untuk anda.

Anda Mungkin Suka