Siapa sahaja tidak meminati jenama streetwear seperti Stussy, bape dan seangkatannya yang majoritinya dipakai oleh golongan muda. Dengan rekaan yang trendy, ia menjadi pilihan para pencinta fesyen di luar sana untuk memilikinya.

Menerusi akaun TikTok @sonofloresta, beliau telah berkongsi gambar berkisar perjalanan menghasilkan jersi berkonsepkan streetwear hasil inspirasi dari jenama terkemuka dengan berbekalkan aplikasi suntingan video sahaja. Aplikasi yang dimaksudkan adalah Capcut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: TikTok

Mempunyai minat yang mendalam terhadap fesyen, beliau pun memberanikan diri dengan mula mencipta rekaan hanya dengan aplikasi Capcut tersebut. Dengan gambar jersi kosong yang diambil dari Google, ia telah dikembangkan dengan menambah corak serta nombor lalu disimpan sejumlah idea rekaan yang akan dijadikan produk akhir.

Kemudian, beliau pun memilih satu rekaan yang diminati lalu diteruskan dengan meminta pengeluar berkongsi idea dalam memantapkan lagi hasil rekaan jersinya. Setelah berpuas hati dengan produk akhir, maka terhasilnya jersi pertama hasil rekaan menerusi aplikasi CapCut sahaja.

Sumber Gambar: TikTok

Gambar ini menerima views mencecah 1.1 juta dengan lebih 100,000 likes yang diberikan. Rata-rata netizen sangat kagum melihat hasil jersi streetwear milik beliau dan sangat berminat untuk mendapatkannya.

Sumber Gambar: TikTok
Sumber Gambar: TikTok
Sumber Gambar: TikTok

Jadi, benarlah seperti kata pepatah di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Pada hari ini, orang ramai bebas mencuba sesuatu baharu dengan menggunakan aplikasi tersedia menerusi  telefon pintar sahaja.

Sumber