Penularan wabak COVID-19 kian meningkat di Malaysia dan pastinya ini membimbangkan rakyat Malaysia. Mana tidaknya, wabak ini boleh berjangkit dan juga boleh menyebabkan kematian.

Sebelum ini, kita sudah ketahui situasi sebenar khemah saringan COVID-19, kini apa kata pula anda ketahui pengalaman pesakit yang dijangkiti COVID-19 dan telah pulih serta dibenarkan pulang ke rumah.

Menerusi perkongsian pengguna Twitter @xzAmyxz, beliau berkongsi pengalaman rakannya yang hamil 3 bulan dan disahkan COVID-19 serta baru sahaja dibenarkan pulang setelah pulih dari wabak tersebut.

Setiap orang memiliki pengalaman yang berbeza dan ini pula kisah Farah Salwani yang baru sahaja dibenarkan pulang selepas 12 hari dikuarantin di pusat perubatan.

Menurutnya, tiada ubat khas untuk merawat jangkitan wabak tersebut dan setiap orang yang dijangkiti wabak akan menunjukkan simptom berbeza mengikut tahap imunisasi badan individu.

Rawatan yang diberikan akan mengikut simptom yang ditunjukkan seperti jika sesak nafas akan diberikan oksigen, jika muntah akan diberikan ubat tahan muntah dan sebagainya.

Tambahnya lagi, pelawat tidak dibenarkan masuk dan jika pelawat ingin mengirimkan barang atau makanan, petugas akan ambil dan sampaikan kepada pesakit.

Tidak lama selepas beliau dimasukkan ke dalam hospital, suaminya turut disahkan positif dan terpaksa dikuarantin di hospital. Oleh itu, anaknya dijaga oleh adiknya dan jiran tertangga banyak membantu beliau dan suami untuk membeli barang keperluan.

Selepas 12 hari, akhirnya beliau bebas dari wabak tersebut dan dibenarkan pulang. Akan tetapi, tidak berakhir di situ kerana pihak Kementerian Kesihatan Malaysia datang ke rumahnya untuk buat disinfection spray.

Ini sebagai langkah berjaga-jaga dan untuk memastikan tiada wabak tersebut di dalam rumah. Walaupun sudah dibenarkan pulang, beliau masih perlu kuarantin diri di rumah.

Jika anda tiada direct contact ataupun simptom COVID-19, maka anda tidak perlu buat saringan di hospital. Patuhilah arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan ketika ini.

Untuk ketahui perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh baca di The Vocket pada pautan di bawah ini.

PM Rayu Rakyat Malaysia ‘Stay At Home’ Untuk Putuskan Rantaian COVID-19

Netizen ‘Luah Perasaan’ Tentang Perniagaan Mereka Yang Terkesan Kerana COVID-19

Lebih 500 Disahkan Positif, KKM Gesa Ahli Jemaah Tabligh Terus Tampil Buat Pemeriksaan COVID-19