Kalau tanya ekonomi suram, ini pengalaman yang saya boleh kongsikan apabila kita mempunyai kedai:

1. Keluar dari kedai. Cari peluang bisnes di luar sana. Jika terpaksa singkatkan masa operasi kedai, lakukan sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

2. Guna pendekatan baru dalam membina pelanggan baru. Jika kita tidak pernah guna konsep ‘tunjukkan nilai’, masa inilah kita buat. Kita lebih menjaga pelanggan, layanan seperti pelanggan membeli mahal (walaupun murah beliannya), dan banyak lagi.

3. Bina pakatan bisnes sekitar kita. Kalau kita keluar mencari pelanggan, bantu juga kedai-kedai sekeliling kita. Saya pernah membawa flyers klinik gigi di serata kampung ketika promosi. Mereka akan jadi ‘sekutu’ marketing kita pula.

4. Industri lain yang berjaya, tiruvasi sahaja. Laksanakan dan ubah ikut kesesuaian. Kalau takut, buat skala kecil dahulu.

abs-optomedik02

5. Elak buka bisnes lain dengan alasan mahu tampung ‘overhead’ kedai. Percayalah, kita akan tersepit. Fokus itu adalah kuncinya.

6. Kaji apa pelanggan terbaik kata pada kita. Telefon mereka. Feedback. Masa saya buat ini, mereka kata, “Kerana penjelasan yang mudah untuk saya faham.” Saya bawa mesej ini dalam marketing ataupun ketika menjual. Itulah dikatakan USP. Kita boleh ada banyak USP dalam satu-satu masa.

7. Bersedia dengan skill yang perlu kita mahir dalam menghasilkan unik pada kedai kita. Ekonomi lagi suram, kita lebih ada skill. Lagi suram, lagi ber-skill. Baru pelanggan terasa ‘magnet’ yang kita ada.

8. Guna Business Model Canvas (BMC). Ia untuk pastikan arah bisnes kita itu dalam kawalan risiko yang lebih baik. Saya habiskan banyak masa disini. Sehingga 7 model bisnes diperlukan dalam tempoh 7 tahun. Seakan bertuah pula angka 7 ni, kan?

9. Akhir sekali, apa yang kita cuba buat, cabarannya sangatlah besar. Pejamkan mata, bercakap sehingga telinga kita dengar, apa yang akan berlaku dalam masa 3-5 tahun akan datang.

Seolah kita telah berada dimasa hadapan. Mainkan lagu motivasi.

Menangislah! Bersemangatlah! Kerana kita telah tahu perasaan berjaya itu!

BACA: 9 Bisnes Yang Meningkat Naik Ketika Kegawatan Ekonomi