Warganegara asing yang berbogel di pohon suci yang terletak di Kuil Babakan, Kampung Adat Bayan, Kecamatan Marga, Kabupaten Tabanan, Bali akhirnya dikenakan tindakan pengusiran oleh pihak berkuasa Indonesia.

Keputusan mengenai pengusiran itu disampaikan Ketua Pejabat Wilayah Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia Bali, Jamaruli Manahuruk melalui siaran media semalam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Proses menghantar pulang seorang wanita warganegara Rusia dikenali sebagai Alina Fazleeva dilakukan selepas menjalani proses penyiasatan di Sub-Direktorat V Ditreskrimsus Polda Bali.

“Adalah dirancang Alina Fazleeva sekiranya tiada sebarang masalah, pengusiran akan dilakukan secepat mungkin,” kata Maruli.

Selain menjalani pemeriksaan polis, Alina turut menjalani pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak imigresen Denpasar. Dia didakwa melakukan perbuatan tidak bermoral dengan menyiarkan gambar bogel di akaun media sosialnya.

“Foto itu diambil di kawasan keramat Pohon Purba Beringin di kampung klan daerah Tabanan,” kata Maruli.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, warga Bali dikejutkan dengan tindakan seorang model warga asing bergambar tanpa seurat benang.

Tindakan ini dilakukan oleh seorang wanita pemilik akaun instagram alina_yogi pada pokok kayu putih berusia ratusan tahun yang terletak di belakang Pura Babakan, Kampung Adat Bayan, Kecamatan Marga, Kabupaten Tabanan, Bali.

Ketika merakam, model asing itu dilihat tidak memakai apa pun dan berdiri di celah-celah lengkung pokok kayu putih itu. Tindakan ini kemudian dikritik oleh netizen Bali. Bukan hanya mengkritik, malah para netizen turut meminta kerajaan Indonesia campur tangan.

Kecaman dilemparkan kepada Alina Yogi kerana pokok Kayu Putih tempat gambar diambil dianggap suci oleh sebilangan masyarakat Bali. Alina kemudian membuat permohonan maaf dan bersetuju untuk membayar upacara pembersihan. Bagaimanapun, ini tidak menghalang langkah imigresen daripada mengenakan sekatan ke atasnya.

Influencer Malaysia kebanyakannya fake serta gagal pengaruhi orang. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Influencer Malaysia Kebanyakannya ‘Fake’ Serta Gagal Pengaruhi Orang Ramai

PM Justin Trudeau Anggap ‘Influencer’ Kanada Bodoh Selepas Video Parti Atas Pesawat Tular

Gara-Gara Konten ‘Prank’, Influencer Rusia Ini Mungkin Dihantar Ke Penjara Gulag