Tindakan sekumpulan pemuda ‘berkonvoi’ dengan membawa motosikal perlahan membawa padah apabila dua daripadanya terjatuh selepas berlanggar antara satu sama lain.

Menerusi rakaman video dashcam yang dimuat naik melalui akaun Twitter @myjoe_ itu, terdapat lima buah motosikal bergerak perlahan secara berkumpulan. Dua daripada didapati sedang berbual di antara satu sama lain.

Baca Juga:

Tiba-tiba penunggang motosikal yang berada di belakang sekali melanggar salah seorang rakannya lalu kedua-duanya terjatuh dan berguling beberapa kali di atas jalan raya.

Impak kedua-dua penunggang motosikal terjatuh itu telah menyebabkan topi keledar tertanggal daripada kepala masing-masing.

Pada akhir rakaman video itu, kenderaan yang merakam kemalangan itu membuat brek kecemasan untuk memperlahankan kenderaan dan mengelak daripada melanggar kedua-dua mangsa.

Netizen berasa simpati selepas melihat keadaan yang menimpa kepada mereka. Orang ramai berharap tiada kecederaan serius berlaku dan kedua-duanya segera pulih.

https://twitter.com/_kntspco/status/1599442943508897792?s=20&t=GvzpyLIVmoH0b7nbzKGhZA

Netizen turut meluahkan pendapat bahawa setiap penunggang motosikal tidak perlulah ‘lane-hogging‘ ketika berkonvoi kerana ia boleh menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Sekiranya berlaku satu kemalangan kecil, ia boleh melarat menjadi kemalangan besar melibatkan orang lain.

Tambah orang ramai lagi, setiap penunggang motosikal perlulah menggunakan topi keledar yang menepati ciri-ciri keselamatan yang disahkan oleh badan-badan berkuasa.