Minggu pertama puasa, kami berpeluang ke Ibrahim’s Fatty Crab di Avenue Ampang. Dengar saja fatty crab sudah boleh dibayangkan restoran ini pasti menghidangkan makanan laut dengan cara masakan cina. ‘Ibrahim’ pula mungkin kerana pemiliknya seorang cina muslim seperti kebiasaan restoran cina halal di ibukota.

IFC 01 Front

Masuk saja, terlihat susunan beberapa akuarium dengan hidupan akuatik mewah. Ada udang kara, ketam nipah, ketam eropah, tiram, ikan talapia dan pelbagai lagi. Ikan ketutu (ikan hantu) pun ada! Bukan calang-calang restoran ini. Kami dah mula ketar lutut memikirkan damage yang bakal kami kena nanti.

Baca : Restoran Cina Muslim Amber, Menu Bertaraf 5 Bintang Dengan Harga Murah Tak Terduga

IFC 02 Akuarium

Setelah duduk di meja bulat beralas kain merah (kenapa mesti merah?), kami diberikan menu khas pakej Ramadhan. Meneliti menu diberi, alhamdulillah nampaknya semua makanannya halal (oh ya, ini di Ampang bukan di Seoul) dan harganya tidaklah se’ngeri’ jangkaan.

Baca : Ini Penjelasan Saya Tentang Isu Makanan Halal Di Restoran Gosami, Seoul

Memandangkan kami berenam dan semuanya tamak serta bersemangat untuk meratah seafood, kami memilih Pakej Premium yang katanya sesuai buat 8 ke 10 orang.

Harga kita cerita kemudian, mari tengok apa yang ada dalam pakej yang dikata premium sangat itu dulu.

Sebagai juadah berbuka puasa, kami diberi kurma, kacang dan teh cina tanpa diminta. Juga disediakan air sirap selasih secara ‘free flow’.

IFC 03 Teh dan Kacang

Kemudian kami dihidangkan pula nasi putih seorang semangkuk, petanda lauk-pauk premium bakal tiba.

Lauk pertama yang dihidangkan adalah Butter Cream Lobster. Udang kara yang diimport dari Australia ini dimasak sedap sekali. Isinya masih segar dan juicy. Dipotong sempurna, memudahkan untuk dimakan. Krim menteganya dimasak secukup rasa cuma kuahnya kami berpendapat agak cair. Jika pekat sikit lagi, pasti lagi power!

IFC 03.5 Lobster

Ini memang level jilat lengan! Mongolia French Crab namanya. French crab ini dimasak cara masakan Mongolia, memang unik. Rasa lada hitam bersama lemak mentega memberi kelainan berbanding hidangan ketam yang biasa dimakan. Ditambah pula dengan isi ketam yang besar, segar dan manis, memang tak puas! Tengah taip artikel ini pun rasa macam ingin berbuka di sana lagi hari ini. Ah, nafsu.

IFC 04 FrenchCrab
Ketam sudah habis pun kuahnya masih kami berebut untuk dicicah roti. Betul sedap, beb!

Mud Crab 3 Rasa. Bukan seekor, tapi 2 ekor ketam nipah bersaiz XL dihidangkan dengan dimasak 3 rasa. Rasa masam pedas, manis dan masinnya agak strong dan menusuk tekak. Sedap dimakan dengan nasi atau boleh juga diratah begitu sahaja. Banyak sayuran di dalam kuahnya memberi kepelbagaian rasa. Alah masak 3 rasa, memang sedaplah kan? Kena pula dengan isi ketam yang memang manis, tak perlu cerita banyak lah.

IFC 05 MudCrab

Seterusnya muncul pula Indonesia Style Fried Tiger Grouper, iaitu ikan kerapu dimasak gaya Indonesia katanya. Kuahnya dicampur buah nenas menghasilkan rasa masam-masam manis. Rasanya yang berlawanan dari masakan lain yang telah terhidang, menjadikannya menu sampingan yang tepat. Apatah lagi bila ikannya dideep fried sempurna, membuatkannya garing di luar, juicy di dalam.

IFC 06 TigerGrouper

Butter Cream Prawn, menu yang boleh dianggap tipikal di sebuah restoran makanan laut. Namun di sini, rasanya tetap menyerlah. Sangat sedap dan menepati rasa sebenar udang mentega. Walaupun udangnya nampak kecik berbanding lauk yang lain, tetapi rasanya yang lemak berkrim cukup untuk kita lupakan soal saiznya itu.

IFC 07 ButterPrawn

Walaupun di restoran masakan cina, kalau yang makannya melayu, memang kurang lengkap kalau tiada tom yam. Mungkin atas sebab itu jugalah Seafood Tom Yam berada dalam pakej premium ini. Bukan tom yam yang terbaik pernah kami rasa, tetapi tidaklah mengecewakan. Lagipun tom yam bukan specialty mereka, maka bolehlah dimaafkan.

IFC 08 Tomyam

Baca : Sara Tomyam Seafood Cheras Perdana Sediakan Masakan Thai Yang Pasti Puas Hati

Seterusnya Special Fried Chicken. Ayam goreng ini biasa kita jumpa di restoran-restoran cina muslim yang lain, cuma namanya mungkin berbeza. Digoreng rangup dengan rasa garam dan lada hitam yang ketara. Memang layan.

IFC 09 FriedChicken

Untuk stabilkan sedikit asid urik dari semua seafood tadi, wajarlah dimakan juga Broccoli With Crab Meat ini. Sekurang-kurangnya ada juga sayur hijau masuk perut bersama. Apatah lagi bila sudah dimasukkan sekali ke dalam pakej, kan? Kalau nak harap dipesan ala carte, macam tidaklah jawabnya. Apa pun, hidangan ini pun sedap. Serius.

IFC 10 BroccoliCrabMeat

Masakan cina di dalam claypot memang sudah menjadi kebiasaan. Tujuannya supaya dapat mengekalkan kepanasan masakan dalam masa yang lama. Begitu juga dengan kesegaran bahan-bahan yang dimasak turut tahan lama. Kerana itu Claypot Braised Taufu yang dihidangkan ini marvellous rasanya! Dipenuhi kiub taufu, cendawan butang, lobak merah dan pelbagai sayuran lagi. Penggemar sayur pasti akan hargai hidangan ini.

IFC 11 ClaypotBraisedTofu

Memandangkan pakej premium ini dicipta untuk sajian sehingga 10 orang, maka pelanggan pakej ini boleh memesan sehingga 10 gelas air fresh juice. Kami hanya berenam, jadi kami order seorang satu sajalah. Terdapat pelbagai pilihan dari menu, pasti ada yang berkenan di hati. Paling popular, air jus buah naga, seperti dicadangkan salah seorang krew di sini.

IFC 12 FreshJuices2

Sedang kami asyik menjamu selera setelah hampir 15 jam berpuasa (ya, kami tahu anda di sana puasa sampai 19 jam), kami ditegur seorang jejaka ber’goatee’ kemas. Memperkenalkan diri sebagai Marzuki Mohamad, beliau adalah pemilik bersama restoran Ibrahim’s Fatty Crab ini.

Baca juga : Dilema Puasa Di Negara Waktu Siang Panjang. Mungkin Ini Dapat Bantu Anda Buat Keputusan

Bukan berdarah cina apatah lagi seorang mualaf, restoran yang baru beroperasi dalam sebulan ini, sememangnya dimiliki dan diusahakan oleh Tuan Marzuki bersama keluarga besar beliau. Beliau sangat mengalu-alukan para pengunjung untuk datang ke restoran ini untuk mencuba sendiri pelbagai masakan hidupan laut mewah dengan harga yang berpatutan berbanding restoran-restoran cina yang ada.

IFC 13 Pemilik

Memang ada benarnya kata-kata Tuan Marzuki itu kerana pakej premium yang kami cuba itu jika di tempat lain, kami pasti harganya dengan mudah boleh mencecah RM800-RM900. Di sini harga pakejnya hanyalah RM598 bersih!

Jika anda adalah peminat dan biasa dengan hidangan makanan laut mewah, anda akan puas hati makan di sini, insyaAllah. Bukan hanya kerana kepelbagaian pilihan hidupan laut yang ada, tetapi juga kerana makanannya yang halal, lazat serta harganya yang berpatutan.

Nama Premis : Ibrahim’s Fatty Crab
Lokasi : No.18 Jalan Avenue 1, Avenue Ampang 68000, Ampang, Selangor (waze)
Layari : Instagram dan Facebook mereka.