Setiap negeri-negeri yang ada di Malaysia mempunyai keunikkan identiti tersendiri, samada dari segi makanan, bangunan, loghat mahupun dialek penduduk kawasan setempat.

Seorang lelaki telah berkongsi bersama-sama followers TikTok bagaimana setiap hari berkerja, dia akan berhadapan dengan kata-kata ‘makian’ dan ‘cacian’ daripada rakan sekerja kilang yang terletak di Melaka.

@dakayamkahau

sebab kan ramai yang tanya saya semalam..lebuh kurang macam ni la #loghatmelaka

♬ original sound – iswan ISHAK – DAK AYAM KAHAU

Menurutnya lagi, loghat Melaka memang cukup terkenal sebagai ‘bahasa’ yang paling kasar di dalam Malaysia berbanding loghat-loghat daripada negeri lain. Jika orang tidak biasa dengan budaya di Melaka, nescaya orang itu akan ‘koyak’ atau terasa hati apabila bersembang dengan orang di negeri tersebut.

Tambah lelaki ini lagi, walaupun dialog harian orang Melaka ini agak ‘kasar’ dan ‘kurang sopan’ tetapi orangnya yang baik-baik serta ramah bermesra dengan orang lain.

Perkara ini telah menarik perhatian followers TikTok @iswanishak serta bersetuju dengan pengalaman yang dikongsikan olehnya. Tambah mereka lagi, dialog kasar atau dikenali sebagai ‘kahau’ oleh penduduk setempat selalunya hanya digunakan di antara teman-teman yang rapat sahaja.

Sumber Gambar: TikTok @iswanishak
Sumber Gambar: TikTok @iswanishak
Sumber Gambar: TikTok @iswanishak
Sumber Gambar: TikTok @iswanishak

Sekiranya anda berpeluang untuk pergi ke Melaka dan berjumpa dengan penduduk setempat, janganlah pula anda terkejut dan berkecil hati sekiranya mendengar kata-kata yang kurang enak didengari.

Sebab itulah budaya dan loghat yang sesetengah orang Melaka ‘hidupkan’ dari dulu sehingga ke hari ini.

Tahukah anda suara hebahan vaksinasi yang tular di Melaka merupakan suara dari seorang guru? Baca lebih lanjut untuk tahu lebih lanjut ‘Cikgu Amir ini melalui pautan di bawah.

Kenali ‘Cikgu Amir’, Suara Di Sebalik Hebahan Vaksinasi Loghat Melaka Yang Tular Baru Ini

Sudah Sebati Dengan Loghat ‘Ganu’, TikTok Wanita Cina Ini Buat Netizen Teruja

Usaha Pelumba LTdL Bertutur Bahasa Inggeris Dengan Loghat Terengganu Dipuji Netizen

Sumber