Tidak dinafikan, Malaysia memang kaya dengan khazanah alam yang indah serta masih terpelihara. Pada pendapat kami, anda perlu menikmati terlebih dahulu kecantikan semulajadi yang ditawarkan di negara kita sebelum menjejakkan kaki ke tempat orang. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.

The Banjaran (29)
Panorama yang mendamaikan jiwa.

Namun begitu, jika anda bukan seorang kaki lasak dan lebih menghargai suasana yang tenang, kami cadangkan anda ke The Banjaran Hotsprings Retreat di Ipoh, Perak. Terletak di atas sebuah lembah dengan keluasan 16.19 ekar, ia dikelilingi oleh batu kapur Palezoic yang berusia 260 juta tahun. Bolehlah anda melihat sendiri keunikan serta keistimewaan kejadian batu kapur di negara kita.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
The Banjaran (24)
The Banjaran Hotsprings Retreat.
The Banjaran (6)
Bangunan fizikal di The Banjaran Hotsprings Retreat.
The Banjaran (8)
Cantiknya!

Selain itu, persekitarannya juga kaya dengan hutan hujan yang menghijau dan turut terdapat gua semulajadi untuk diterokai serta air terjun. Selain dapat menjamu mata sepuas-puasnya dengan panorama yang mengasyikkan, anda juga berpeluang untuk merehatkan tubuh di dalam kolam air panas yang menyegarkan.

The Banjaran (18)
Can you feel it?
The Banjaran (9)
Bayangkan anda bersantai di sini?

Pendek kata, The Banjaran Hotsprings Retreat merupakan the perfect destination for your getaway. Jauh dari hiruk-pikuk dan kebisingan kehidupan kota, anda bakal temui ketenteraman yang dicari-cari.

The Banjaran (15)
Hilangkan segala masalah hidup di sini.

Kelainan di resort ini adalah ia tidak membenarkan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah untuk menginap di sana. Kenapa? Ini bagi mengekalkan ciri-ciri eksklusif dan suasana ideal di The Banjaran Hotsprings Retreat.

The Banjaran (1)
Bilik penginapan yang berhadapan tasik.
The Banjaran (4)
Kolam renang.
The Banjaran (14)
Ruang menjamu selera.

Terdapat pelbagai aktiviti istirehat yang boleh dipilih oleh para pengunjung iaitu:

  • Spa Ramuan Melayu
  • Rawatan Hidroterapi Kolon
  • Rawatan Urut Peremajaan Abhyanga
  • The Banjaran Signature Massage
  • Rawatan Urut Tradisional Melayu

Tambahan lagi, terdapat juga aktiviti yang berkait dengan kesihatan tubuh ditawarkan oleh pihak The Banjaran seperti program kecergasan, program pelangsingan badan, program detoksifikasi tubuh dan juga program peremajaan.

The Banjaran (3)

The Banjaran (5)

The Banjaran (11)
Susun atur perabot di dalam bilik penginapan.

The Banjaran (22)

Selain itu, anda juga berpeluang untuk melawat tempat-tempat menarik yang berdekatan dengan resort ini iaitu:

  • Lost World of Tambun
  • Ladang Buah Limau Barli Chin
  • Kuil Sam Poh Tong (Cave of Triple Gem)
  • Kuil Kek Lok Tong (Cave of Ultimate Bliss)
  • Musim Geologi
  • Tempat pemprosesan Labu Sayong di sekitar Kuala Kangsar
  • Bandar Taiping

The Banjaran (19)

The Banjaran (16)

The Banjaran (26)

The Banjaran (23)

Akhir sekali, kami sajikan anda dengan pemandangan The Banjaran pada waktu malam. Fuh, memang memukau!

The Banjaran (30)

Untuk maklumat lanjut berkenaan resort ini, anda bolehlah melayari laman web rasmi mereka. Mereka juga boleh dihubungi melalui talian 05-210 7777.

Anda juga boleh terus menempah percutian anda di The Banjaran Hotspring Retreat di sini.