Inginkan sebuah resort hanya untuk anda seorang atau bersama travel squad anda? Ini jawapannya. Coral Caye adalah resort eksklusif yang terletak di Belize, negara kecil yang terletak di Amerika Selatan.

Lebih menarik adalah resort ini adalah kepunyaan pengarah terkenal Hollywood, Francis Ford Coppola. Setiap bilik dibina daripada kayu dan dekorasinya pula seperti filem Hollywood yang pernah kita lihat sebelum ini. Rasa sangat tenang sahaja tempat ini walaupun sekadar melihat gambar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Fran1

Resort Coral Caye ini juga sangat eksklusif dan jauh daripada resort-resort ternama yang lain di Belize. Apa aktiviti yang boleh dibuat di pulau ini? Anda boleh menggunakan canoe, snorkelling, memancing dan banyak lagi. Cumanya di sini tidak disediakan telivision dan mungkin ada sebab mereka berbuat demikian.

Tetapi jangan risau, masih ada sambungan WiFi di sini. Jadi anda masih boleh berkomunikasi dengan dunia luar. Atau muat naik gambar percutian anda di sini. Harga untuk satu malam di sini? Paling murah USD1,435 (lebih kurang RM6,067) dan anda perlu membuat tempahan minimum dua malam. Boleh tahan juga harganya.

Kalau anda mungkin sudah bosan dengan pulau di Maldives dan mahu tukar angin tempat yang baharu, bolehlah cuba tinggal di sini. Mana tahu boleh jumpa Francis Ford Coppola jika anda menginap di sini nanti.

Fran2

Fran3

Fran4

Fran5

Fran6

Fran8