Bila travel melibatkan warga emas, selalunya yang menjadi keutamaan adalah keselesaan mereka daripada seawal perjalanan bermula, penginapan sehinggalah ke hal-hal kecil seperti bag apakah yang sesuai dibawa.

Namun berbeza dengan  Cik Nawal Nordin, seorang eksekutif pemasaran di sebuah syarikat automotif. Baru-baru ini beliau telah membawa kedua ibubapanya yang telah berusia 64 tahun travel cara backpacker selama 4 hari 3 malam ke Semporna dan Mabul, Sabah.

tip-bercuti-dengan-warga-emas-17

tip-bercuti-dengan-warga-emas-20

Selalu ber-backpack solo atau dengan kawan-kawan. Kali ni mak pak nak join sama katanya. So bertabah lah nah. No tempat mewah-mewah. Harap boleh adapt. Semoga enjoy parent ku! Btw, parent saya dah umoq 65. Masih lagi aktif nak join pi snokerling. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Amin.
KL-Tawau-Semporna-Mabul.

Nawal yang telah bermula dengan dunia backpacking sejak tahun 2013 sering bercerita kepada ibunya Puan Hajah Naeimah dan bapanya Encik Radzi pengalaman beliau keluar mengembara sama ada berkumpulan mahupun secara solo.

Dari situ ibunya sering melihat cara beliau travel yang mana ia berbeza dengan cara keluarga dan adik-beradik beliau yang lain.

Menurut Nawal trip ke Mabul ini pada asalnya telah beliau rancang untuk pergi secara solo. Namun selepas diketahui oleh ibunya, kedua warga emas ini terus menyatakan hasrat untuk sertai anak gadis mereka.

Sewaktu pertama kali saya ke mabul tahun 2015 dulu, saya penah bercerita dengan mereka, yang Mabul ni cantik macam Maldives. Ibarat Maldives Malaysia.

Saya juga tunjuk gambar-gambar saya kepada mereka. Cuma tak sangka parent saya nak ikut, sebab saya rasa untuk ke Mabul, perjalanan nya agak jauh dan tough untuk orang yang berumur. Tapi mereka bersungguh-sungguh hendak ikut.

Kesungguhan ibubapanya ingin turut serta travel secara backpack menjadikan Nawal teruja. Malahan ini merupakan kali ke 2 mereka bertiga travel bersama-sama.

Kali pertama adalah sewaktu ke Pulau Redang pada tahun 2014. dan pada masa itu lah pasangan ini jatuh cinta dengan aktiviti snokerling. Apatah lagi kedua-duanya memang suka dengan laut dan berenang.

Bagaimana pula dari segi persediaan sebelum travel memandangkan trip cara backpacker sering dikaitkan dengan kekurangan dari segi keselesaan. Ujar Nawal sedari awal beliau dah ‘warning’ siap-siap kepada orang tuanya bahawa travel cara backpacker adalah travel cara bajet.

Tiada resort mewah, tiada airline mewah, chalet pun papan sahaja. Dan mereka setuju malah lebih suka menginap hotel dan chalet yang sederhana dari segi kelengkapannya.

Saya nasihatkan mereka bawa saja beg tarik, nanti sakit-sakit badan pula. Mereka menolak keras dan tetap mahu membawa backpack! Haha!

Saya juga macam tak percaya saja. Kata mereka, mereka selalu tengok saya bawa backpack. Nampak mudah untuk bergerak, terutama ke pulau. So saya biarkan saja.

tip-bercuti-dengan-warga-emas-19

tip-bercuti-dengan-warga-emas-12

tip-bercuti-dengan-warga-emas-9

tip-bercuti-dengan-warga-emas-1
Hidupan laut yang famous di Mabul!

tip-bercuti-dengan-warga-emas-10

tip-bercuti-dengan-warga-emas-11

Saya teruja nak tunjukkan keindahan Mabul kepada mak dan ayah. Hari pertama kami menginap di Semporna untuk memberi mereka rehat yang secukupnya. Hari ke 2 kami ke Pulau Sibuan, Pulau Pasir (berhampiran dengan Pulau Mantabuan) dan Pulau Pom Pom.

Ajar mak dan ayah cara packing barang

Malahan Nawal turut mengajar ibubapanya bagaimana untuk pack barang guna backpack dan kurangkan membawa pakaian yang berlebihan. Untuk persediaan lain, berikut perkara yang telah Nawal lakukan:

1. Bekalan makanan yang mencukupi

Saya membawa jajan / makanan yang lebih untuk mereka terutama ibu saya, kerana dia makan dengan kerap tapi dengan kuantiti yang sedikit. Dan juga sebagai persediaan sebelum dia makan ubat. Jadi perlu ada makanan dengannya. Juga saya sediakan air mineral yang lebih, supaya mereka tak dehidrasi dalam keadaan el Nino sekarang ni.

2. Ubat-ubatan

Ya, mereka juga ada bawa pil dan ubatan mereka. Tapi saya juga bawa untuk saya dan mereka. Bawa lah yang asas pun tak pe macam Panadol, pil cirit birit, minyak cap kapak, minyak panas (sendi dan sengal-sengal). Jangan lupa bawa asam atau gula-gula yang masam. Amat membantu ketika loya (terutama waktu dalam bot).

3. Teksi

Dari airport Tawau ke Semporna, saya menggunakan khidmat teksi sahaja ke sana, lebih mudah dan selesa untuk mereka. Lagipun kami ber tiga, tak jauh beza harga per pax jika menaiki van. Teksi dari airport ke Semporna hanya RM95/per teksi/sehala sahaja. So lebih kurang RM32/pax/sehala. Manakala waktu pulang, saya deal dengan pihak chalet untuk mengambil teksi dari sana. Kos hanya RM100 sahaja per teksi dari Semporna ke Tawau.

4. Bot persendirian

Sepanjang di Mabul, saya telah menyewa 1 bot (yang boleh di naiki sebanyak 12 orang). Walaupun agak mahal sedikit (dalam lebih 2 3 ratus), tapi saya berpuas hati dapat memberi keselesaan kepada mereka. Sebabnya charted bot ni, boatman akan mengikut waktu yang kita mahu, dan tempat yang kita mahu. Ruangnya lebih luas, dan juga ada privasi.

5. Food onboard and extra luggage

Masa flight kami ke Tawau, saya dan mereka hanya handcarry sahaja, dan makan pagi sebelum boarding. Masa waktu kami pulang ke KL, saya awal-awal sudah menempah extra luggage dan makanan untuk kedua ibu bapa saya.

Saya faham, mesti ada yang nak shopping makanan atau souvenir. Waktu kami pulang pun sudah malam, tentu mereka akan lapar dalam kapal terbang. Jadi saya tempahkan makanan online untuk mereka supaya mereka tidak lapar, dan memudahkan ibu saya untuk mengambil ubatnya.

6. Alatan snorkeling

Untuk memudahkan mereka snorkeling pada waktu yang mereka nak, saya telah membeli alatan snokling khas untuk mereka. Tak mahal. Beli saja masa MIDE exhibition di PWTC. Tiap-tiap tahun ada.

Lagipun tak perlu menyewa, jimat sikit di situ. Beli alatan ni boleh pakai banyak kali untuk lain trip. Dan tak perlu share dengan orang lain. Saya juga bawa alatan saya sendiri, sebab saya sendiri adalah diver, lebih selesa dengan alatan saya sendiri.

7. Chalet

Chalet yang saya pilih tak lah mewah. Tetapi memandangkan ibu saya cerewet bab makan (tukang masak haruslah muslim), saya memilih chalet Seahorse Sipadan Scuba. Dengan harga yang berpatutan, view yang superb, bilik yang moderate, makanan yang terjamin halal dan bersih (mak saya siap riki-riki dapur tu, tengak bersih ke tak. Haha! Alhamdulillah super bersih! Biasa la, mak-mak. Staf juga peramah. Selesa untuk mereka. Even chalet tu ada surau, lagi la mereka suka.

Hari ke tiga kami sehari ke Pulau Pasir (berhampiran dengan Pulau Mabul, tempat penginapan kami). Pulau Pasir yang kedua terdapat penempatan orang Bajau laut. Manakala Pulau Pasir yang pertama tadi, tiada sebarang hidupan darat dan tiada penghuni. Ibarat pulau yang tandus tiada penghuni di tengah-tengah lautan.

tip-bercuti-dengan-warga-emas-13  tip-bercuti-dengan-warga-emas-15

tip-bercuti-dengan-warga-emas-16  tip-bercuti-dengan-warga-emas-18

tip-bercuti-dengan-warga-emas-23

tip-bercuti-dengan-warga-emas-14

Ditanya adakah Nawal cemas atau risau sebelum trip bermula memandangkan akan membawa kedua ibubapanya travel cara backpacker selama 4 hari 3 malam ini? Jawab Nawal;

Sejujurnya perasaan saya lebih kepada teruja! Sebab saya nak tunjukkan pada mereka, betapa cantik nya Pulau Mabul yang hanya berada di Sabah, dalam negara kita sendiri.

Saya tidak risau atau cemas, sebab mereka ni pun memang kaki jalan. Cuma saya risau dengan keadaan el Nino yang melanda negara kita sekarang, takut mereka lebih rasa panas, penat dan kurang tenaga.

Cabaran semasa dalam trip

Trip mereka juga berjalan dengan lancar di hari pertama. Namun begitu pada hari ke 2 cuaca lebih panas daripada biasa. Menurut Nawal selepas makan pagi, ibunya mengadu ras apanas dan hampir pitam. Apatah lagi diwaktu itu pekan Semporna tiada bekalan elektrik.

Beliau agak cemas pada awalnya apabila melihat keadaan ibunya. Namun tindakan pantas pelru dilakukan segera. Hijab ibunya dilonggarkan, ais diletakkan di kepala dan muka, badan dikipaskan, ubat disapu di sekitar kepala dan asam yang masam diberikan untuk ibunya makan. Nawal juga memastikan ibunya tidak berada dalam keadaan panas melampau.

Ditanya adakah sebarang peristiwa lucu berlaku sewaktu di sana, ujar Nawal tiada peristiwa lucu. Cuma beliau rasa gembira tatkala melihat senyuman dan kepuasan terpancar pada wajah kedua ibubapanya setiap kali mereka menjelajah ke pulau-pulau yang berlainan sepanjang berada di sana.

Ditanya apakah aktiviti utama mereka 3 beranak sewaktu di sana. Menurut Nawal aktiviti utama tentu saja snokerling dan berenang. Ibubapa beliau turut snokerling bersama.

Selain daripada itu Nawal turut membawa ibubapanya untuk‘morning walk’ ke penempatan orang kampung di pulau Mabul yang berada belakang chalet yang mereka tinggal di Mabul.

Tonton: 5 Sahabat Warga Emas Travel Bersama Kerana Satu Sebab Ini

Lawatan ke sekolah juga turut dilakukan kerana hari itu jatuh pada hari bersekolah.

Juga kami sekeluarga melawat sekolah di Mabul itu, memandangkan waktu itu adalah hari persekolahan. Ibu saya adalah bekas guru lebih 20 tahun dan dia teruja hendak melihat anak-anak pulau di sana bersekolah.

tip-bercuti-dengan-warga-emas-2

tip-bercuti-dengan-warga-emas-22

tip-bercuti-dengan-warga-emas-3

tip-bercuti-dengan-warga-emas-4
Nenek yang mungkin sebaya mak saya berdayung ke tengah laut mencari rezeki. Makcik pakcik tak mampu nak.
tip-bercuti-dengan-warga-emas-5
Anak-anak Mabul yang sangat ceria dan sporting!

tip-bercuti-dengan-warga-emas-6

tip-bercuti-dengan-warga-emas-7

Kami juga sempat mandi manda bersama anak-anak Bajau Laut, juga berkenalan dengan mereka. Waktu tu tak ramai guess, so kami ada banyak masa untuk berkenalan dengan mereka.

Berkenaan chalet dan penginapan pula, Nawal telah memilih 2 chalet berikut atas faktor lokasi dan bagi memastikan ibubapanya selesa:

“Hari pertama di Semporna, kami menginap di Dragon Inn Water Chalet. Lokasi nya sangat strategik, hanya walking distance untuk ke tempat-tempat makan dan jeti umum.

Hari kedua hingga ke empat di Pulau Mabul, kami menginap di Seahorse Sipadan Scuba. Saya memilih chalet ini kerana majority yang tinggal di sini adalah muslim, dan penyediaan mknn juga adalah muslim.”

Ibu saya amat menitik beratkan penyediaan makanan. Selain itu, staf nya juga peramah. Terdapat surau juga di chalet ini. Sesuai untuk bawa ibu bapa ke sini” – Nawal.

Buat anda yang ingin bawa ibubapa bercuti ke Semporna dan Sipadan, semoga tips dan perkongsian daripada Nawal ini dapat membantu anda merancang perjalanan anda dengan lebih baik.

Bahagiakanlah ibubapa sementara mereka masih ada. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan mereka tak ternilai harganya.

Buat Nawal, syabas. Pakcik dan makcik pun bukan main sporting lagi nampaknya. Bolehlah pasangan yang dah berkahwin buat relationship goals pencen pula, macam pakcik dan makcik ni. Hehe.

Dan khabarnya malam ni pakcik dan makcik akan travel ke Jepun pula. Selamat bercuti ye. Sweet sangat!

Baca lagi: 10 Panduan Mudah Bawa Ibu Bapa Yang Sudah Tua Travel Bersama Anda