Bila sebut ‘Black Hawk Down’, sudah pasti kita semua akan teringat bagaimana keberanian pasukan tentera Malaysia mempertaruhkan nyawa mereka untuk menyelamatkan tentera-tentera Amerika Syarikat (AS) terperangkap di Pasar Bakara di Mogadishu, Somalia selepas diserang pengganas.

Bagaimanapun keberanian dan pengorbanan tentera Malaysia tidak ditonjolkan di dalam filem arahan Ridley Scott pada tahun 2002.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Oleh sebab itu Adrian Teh, pengarah filem Paskal The Movie, telah tampil dengan karya terbaharu MALBATT: Misi Bakara, yang menceritakan sisi pasukan tentera Malaysia ketika mereka terlibat dalam operasi menyelamat pasukan tentera Amerika Syarikat yang dikepung ribuan pengikut Farah Aidid susulan serangan Black Hawk Down.

Filem ini dijayakan oleh barisan pelakon profesional dan terkenal seperti Bront Palarae, Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Zahiril Adzim, Iedil Dzuhrie, Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Tony Eusoff, Syazwan Zulkifly, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Nafiez Zaidi, Dini Schatzmann, Gambit Saifullah, Safwan Nazri, Ikhram Juhari dan Theebaan G.

Anda boleh tonton trailer rasmi yang kami kongsikan di bawah. Sama-sama kita nantikan tayangan rasminya di pawagam bermula 28 Ogos akan datang.