Ketika ini, pasti pengguna TikTok sering melihat video yang memaparkan babak-babak dalam filem dan dokumentari Ayla The Daughter Of War. Menjadi bualan ramai, Ayla The Daughter Of War adalah berdasarkan kisah benar dimana ia berlaku ketika peperangan antara Korea Selatan dan Korea Utara, lalu Turki menjadi pihak ketiga atara peperangan kedua negara yang diutus oleh PBB.

Sedikit sinopsis, seorang tentera dari Turki bernama Suleyman telah menjumpai seorang gadis kecil disamping orang tuanya yang meninggal akibat peperangan. Disebabkan berasa kasihan, Suleyman mengajak gadis kecil itu pergi bersamanya dan berjanji tidak akan meninggalkan gadis tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.tiktok.com/@adl.atqh_/video/6984387967590616347

@ftn.fz

Sape je yang tak nangis biler tengok cerita ni kannnn😭 #ayla #aylathedaughterofwar #turkishmovie #turkish #fyp #fypシ

♬ Lagu Cinta – Asmara

https://www.tiktok.com/@boongalarangan/video/6982946510870727962

Suleyman menamakan gadis kecil itu sebagai Ayla dan menjaganya dengan penuh kasih sayang di kem tentera. Hubungan mereka semakin erat dan Suleyman tidak pernah meninggalkan Ayla. Akan tetapi, Suleyman dan tentera yang lain perlu pulang ke Turki dan pelbagai usaha telah dilakukan oleh Suleyman untuk membawa Ayla pulang bersamanya tetapi peraturan tidak membenarkannya.

Maka, terpisahlah Suleyman dan Ayla tetapi Suleyman berjanji akan kembali untuk membawa Ayla pulang ke Turki kelak. Selepas 60 tahun terpisah, akhirnya usaha Suleyman menjejaki Ayla berhasil atas bantuan beberapa pihak dan Suleyman kembali bertemu dengan Ayla di usia yang sudah tidak muda lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengesyorkan untuk menonton filem yang bermain dengan emosi ini. Para netizen juga mengatakan bahawa filem ini sedih dan melihat dokumentari yang memaparkan individu sebenar lagi membuatkan air mata jatuh berjurai.

ATDOW 1

ATDOW 2

ATDOW 3

Screenshot 2021-07-15 at 7.09.39 AM

Screenshot 2021-07-15 at 7.09.55 AM

Bukan itu sahaja, para netizen juga mengatakan filem ini penuh dengan nilai-nilai murni dan kasih sayang yang pastinya membuatkan ramai berasa tersentuh. Malah, disebabkan ia berdasarkan kisah benar makan ramai orang akan ketahui sejarah berkaitan perang yang berlaku sekitar tahun 1950 dimana Korea Utara menyerang Korea Selatan.

Bagi anda yang belum menonton filem atau dokumentari Ayla The Daughter Of War ini, anda bolehlah tonton untuk menyaksikan sendiri kasih sayang antara Suleyman dan Ayla ini. Selamat menonton!

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Miliki Wajah Yang Kacak, Segelintir Pengguna TikTok Mahu Pesalah Ini Diberi Peluang Kedua

‘Ruqyah’ Wanita Dirasuk, Gelagat Lucu Jin Masuk Islam Ini Tarik Perhatian Netizen