Sebuah filem seram baharu dari Indonesia, KKN Desa Penari telah jadi bualan netizen Indonesia dan juga Malaysia baru-baru ini. Filem KKN Desa Penari ini telah berjaya pecah panggung.

Untuk pengetahuan anda, filem KKN Desa Penari ini berdasarkan kisah sebenar yang berlaku kepada sekumpulan pelajar pada tahun 2009 yang perlu menyiapkan tugas Kerja Kuliah Nyata (KKN) mereka di sebuah perkampungan terpencil di dalam hutan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Oleh itu, para penonton yang telah menonton filem KKN Desa Penari ini tertanya-tanya dimana lokasi sebenar penggambaran filem tersebut, sama ada ia berada di lokasi sebenar kejadian atau sebaliknya.

Malah, banyak khabar angin dan dakwaan daripada netizen mengatakan lokasi sebenar penggambaran filem itu dijalankan di daerah Banyuwangi, iaitu sebuah perkampungan yang terletak di kawasan timur dari Pulau Jawa.

Menurut laporan, sebuah saluran YouTube telah menyiarkan video keadaan perkampungan yang didakwa lokasi sebenar kejadian dimana kampung itu terlihat sepi di tengah hutan.

Pemilik video berkenaan, Sultoni Irsyah mengatakan bahawa dia mengalami sedikit kesulitan untuk tiba di lokasi itu, sehingga terpaksa meredah laluan jalan yang sempit hingga meredah hutan.

Dia juga mendakwa menjumpai sejumlah penduduk yang bilangannya tidak ramai, sebelum menemui binaan rumah yang sudah tidak didiami lagi serta dipenuhi semak-samun serta tidak ada seorang pun yang tinggal di kawasan itu.

Disebabkan pengalaman mistik ini memberikan kesan kepada pelajar asal yang berhadapan dengan kisah mistik tersebut, maka mereka meminta pihak produksi filem agar tidak mendedahkan identiti mereka dan lokasi kejadian mistik tersebut.

Lantaran itu, bilangan pelajar, nama asal serta lokasi yang digunakan di dalam filem KKN di Desa Penari ini bukanlah nama sebenar. Malah, nama lokasi di dalam filem ini ditutup sebagai tanda penghormatan kepada pelajar tersebut.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Video ‘Tour’ Ke Rumah Sebenar Pengabdi Setan Di Indonesia Buat Netizen Seram Sejuk

‘Nasib Baik Bomba Cepat’ – Aduan Pelajar Didakwa Tidak Diendahkan Pihak Universiti Buat Netizen Berang

Berhabis RM37,903 Untuk ‘Make Up’ Bezza, Perkongsian Kos Modifikasi Pemuda Ini Cetus Pertikaian Ramai