iflix merupakan antara platform penstriman video yang menjadi pilihan ramai orang. Akan tetapi, iflix dikatakan sedang menghadapi krisis hutang dan sedang mencari pembeli untuk pesaingnya.

Malah, pihak iflix juga telah melantik pakar distressed asset dalam lembaga pengarah selepas dua pengasas iflix telah meninggalkan iflix. Menurut laporan Nikkei, antara pembeli yang berpotensi untuk membeli platform berkenaan adalah dari China dan mungkin dijual hujung bulan ini.

65f679966446cec9887388afc81b2a8f
HYPE
SmartHeart REFINE, Makanan Basah PREMIUM Dalam Pouch Untuk Si Comel Anda
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, pengerusi iflix, Patrick Grove dan pengasas bersama iflix, Luke Elliot telah meninggalkan barisan lembaga pengarah pada April yang lalu. Dalam ketika itu, iflix juga dikatakan telah kurangkan tenaga kerja iaitu kurang dari 65 orang sebagai usaha mengurangkan kos operasi.

Perkara itu berlaku kerana tarikh pembayaran hutang makin menghampiri iaitu pada 31 Julai 2020. Difahamkan, iflix berdepan krisis hutang dengan mencatatkan kerugian bersih sebanyak USD158.1 juta (~RM675 juta) pada tahun 2018 dan pada tahun 2019 mempunyai modal kerja negatif sebanyak USD77.7 juta (~RM331 juta).

Ketika ini, platform ini tersedia di 13 pasaran di Asia termasuklah Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand, dan masih belum mengumumkan sama ada telah menerima sebarang suntikan dana baharu daripada pelabur.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa drama bersiri yang anda boleh lihat di iflix. Klik sahaja pautan di bawah.

10 Drama Bersiri Terbaik Yang Anda Boleh Tonton Di iflix

iflix Sedia Lepaskan Pekerja Untuk Kurangkan Kos Operasi Berikutan COVID-19

iflix Tawarkan Tontonan Percuma Buat Para Pelanggan

Anda Mungkin Suka