Baru sahaja dibuka pada Disember tahun lalu, pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel memaklumkan kedai makan milik mereka Se-Table yang terletak di Platinum Walk, Setapak telah pun dijual.

Menurut sumber, keputusan untuk menjual kedai makan tersebut diambil oleh Ernie dan Syamel bukan disebabkan terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi berdepan masalah dengan rakan kongsi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Syamel dalam satu kenyataan mengatakan bahawa tiada persefahaman menjadi punca kedai tersebut dijual. Malah, kini Syamel dan Ernie sudah tidak ada kaitan dengan perniagaan itu dan Kafe Setable sudah berpindah milik.

Walaupun aktiviti seni terpaksa dihentikan Ernie mengatakan dia dan suami tidak terjejas teruk memandangkan ada perniagaan lain. Kini mereka memberi tumpuan kepada perniagaan keropok lekor yang diusahakan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Didakwa Tidak Ikut SOP, Netizen Kurang Senang Dengan Program Hiburan Libatkan 50 Juri

Bakal Disiasat Kerana Dakwaan Langgar SOP, Tayangan Program Hiburan Ini Dihentikan Sementara

Peminat Sebak Dan Sedih Tonton Sedutan Episod Terakhir Lee Kwang Soo Dalam Running Man

Sumber