Peperangan antara Rusia dan Ukraine yang berlaku beberapa minggu lalu bukan sahaja mengorbankan nyawa serta memusnahkan beberapa bandar sekitar Ukraine, malah turut memberi kesan besar khususnya buat rakyat Rusia. Pelbagai sekatan telah dikenakan buat rakyat Rusia dari negara luar sebagai tanda menolak kekejaman yang dilakukan negara berkenaan.

Sekatan yang dibuat secara tidak langsung turut membebankan rakyat Rusia termasuk yang berada di luar negara tersebut apabila dilaporkan mereka tidak lagi dapat menggunakan perkhidmatan kad kredit Mastercard dan Visa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, pelancong Rusia yang berada di Thailand dilaporkan menjadi mangsa apabila lapangan terbang antarabangsa Thailand dipenuhi dengan rakyat Rusia yang bergelut untuk pulang semula ke negara mereka berikutan sekatan yang dikenakan.

Sumber: Thai PBS World

Dalam pada itu, perjalanan pulang pelancong Rusia ini dilaporkan lebih sukar daripada yang dijangkakan di mana mereka bukan sahaja dikenakan sekatan ekonomi melibatkan penggunaan kad kredit malah turut melibatkan sekatan antarabangsa.

Menurut Pegawai Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand, Chattan Kunjara Na Ayudhya, seramai 3,100 warga Rusia terperangkap di Phuket manakala lebih 2,000 berada di Samui dan bilangan yang lebih kecil berada di Krabi, Phang Nga dan Bangkok.

Pegawai Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand, Chattan Kunjara Na Ayudhya. Sumber: Travel trade magazine

Difahamkan walaupun Thailand tidak menyekat penerbangan Rusia, sekatan ruang udara antarabangsa menyaksikan beberapa firma seperti Aeroflot membatalkan perkhidmatan, meninggalkan pelancong mencari laluan alternatif, seperti melalui Asia Barat dengan syarikat penerbangan yang berbeza.

Setakat ini, Presiden Persatuan Pelancong Phuket, Bhummikitti Ruktaengam, berkata pegawainya sedang mempertimbangkan untuk mengguna pakai sistem Mir iaitu struktur pemindahan dana elektronik Rusia serta mata wang digital. Dilaporkan kira-kira 23,000 warga Russia telah melancong ke Thailand pada Januari tahun menurut Kementerian Pelancongan dan Sukan negara tersebut.

Sebelum ini, dilaporkan pihak Rusia ancam tinggalkan angkasawan Amerika Syarikat di ISS berikutan sekatan ekonomi yang dikenakan.

Gara-Gara Dikenakan Sekatan Ekonomi, Rusia Ancam Tinggalkan Angkasawan Amerika Syarikat Di ISS

Rakyat Rusia Beratur Dapatkan Hidangan Terakhir McDonald’s Sebelum Ditutup Akibat Perang

Sumber