Aktor serta direktor ternama Hong Kong, Stephen Chow dilaporkan telah menggadai rumah agam miliknya yang terletak di The Peak, kawasan kejiranan termahal di Hong Kong selepas dilaporkan berdepan masalah kewangan.

Stephen Chow dilaporkan menggadai rumahnya yang terletak di 12 Pollock Path, salah satu jalan termahal di Dunia pada bulan Mac yang lalu, ketika pandemik COVID-19 memuncak di Asia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dilaporkan seorang pembeli telah pun berminat untuk membeli rumah tersebut. Rumah agam berkenaan mempunyai keluaran 5,711 kaki persegi dan mempunyai pemandangan cantik bandar Hong Kong dari atas bukit dan mempunyai nilai pasaran HKD 1.1 bilion (~RM610 juta).

Tetapi, Chow tidak bercadang untuk menjual rumah tersebut. Menurut laporan, rumah berkenaan adalah salah satu hartanah kegemarannya yang dibeli pada harga HKD320 juta (~RM176 juta) pada tahun 2004.

Ini bukanlah kali pertama Chow berbuat demikian dan media di Hong Kong dan China berpendapat tujuan Chow menggadai rumahnya adalah untuk mancari dana bagi menghasilkan filem baharu di masa akan datang.

Filem arahan beliau tahun lalu, New King Of Comedy tidak mendapat sambutan di China dan cuma membuat kutipan 632 juta Yuan (RM376 juta) di pasaran China berbanding filem The Mermaid tahun 2016 yang membuat kutipan sangat baik, 3.38 bilion Yuan (RM2 bilion) di China.

Stephen Chow pernah digelar ‘King Of Real Estate Speculation’ apabila bijak membuat pelaburan di Hong Kong. Sebagai contoh pada tahun 2004, beliau telah membeli satu lot kedai di Tsim Sha Tsui pada harga HKD210 juta (~RM115 juta) dan menjual semula hartanah berkenaan 6 tahun kemudian pada harga HKD320 juta (~RM176). Keuntungan dalam RM61 juta dalam masa 6 tahun sahaja.

Kemungkinan besar wang daripada rumah tersebut akan digunakan untuk penggambaran Kung Fu Hustle 2. Baca lagi pada pautan di bawah.

Stephen Chow Sahkan ‘Kung Fu Hustle 2’ Sudah Mulakan Penggambaran Selepas 15 Tahun

3 Tempat Makan Halal Yang Terbaik Di Hong Kong

Lelaki Melayu Ini Antara ‘Pewaris’ Ip Man Untuk Seni Wing Chun Di Dunia

Sumber