Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

2 tahun berusaha keras untuk mendapatkan kerakyatan anaknya, Loca B meluahkan rasa terkilan kerana usaha kerasnya seolah-olah telah menemui jalan buntu. Perkara tersebut dikongsikan oleh Loca B sendiri di Twitter miliknya.

Menerusi perkongsiannya, urusan berkaitan mendapatkan kerakyatan anaknya tertangguh disebabkan PKP. Malah, Loca B turut sudah berkali-kali turun naik mahkamah namun usahanya itu masih gagal.

Tambahnya, sepatutnya anak lelakinya mendapat kerakyatan sebaik sahaja dia dilahirkan namun karena birokrasi menyebabkan Loca berasa seperti didiskriminasi hanya kerana dia bergelar seorang wanita.

Menurutnya, pihak Malaysian Embassy to UK berkata kepadanya bahawa tidak dapat membantu kerana anaknya perlu ikut kewarganegaraan bapanya. Loca B juga meminta pihak atasan supaya memikirkan golongan ibu yang berdepan nasib yang sama seperti dirinya.

Difahamkan, Visa milik Yusuf akan luput berikutan operasi pejabat imigresen yang tidak membenarkan sebarang temujanji kerana pandemik COVID-19 dan juga perlu mendapatkan surat hak penjagaan anaknya itu menerusi prosedur mahkamah.

Akan tetapi, tarikh perbicaraan mengenai kes itu telah dipindahkan dari bulan Jun ke bulan Disember. Untuk pengetahuan anda, Yusuf Alexender yang berusia 5 tahun merupakan anak hasil daripada perkahwinan terdahulu Loca B bersama bekas suaminya yang bukan merupakan warganegara Malaysia.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan kerakyatan pada pautan di bawah ini.

‘Kami Pun Rakyat Malaysia’ – Penduduk Warga Myanmar Di Bukit Malut Tuntut Layanan Sama Rata

Kejayaan Liridon Peroleh Status Kewarnegaraan Cetus Perdebatan Dalam Kalangan Netizen

Ini Sebabnya Warga Israel Terlalu ‘Ghairah’ Mahu Melawat Malaysia Meskipun Diharamkan

Anda Mungkin Suka