Pada lewat hari semalam tular beberapa klip video dua lelaki bertindak merosakkan sebuah Honda Civic di kawasan letak kereta.

Lelaki tidak memakai baju menggunakan alatan dipercayai batang besi untuk memecahkan beberapa bahagian kereta terbabit, terdapat seorang lelaki turut dirakam menendang tingkap penumpang belakang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Memetik laporan Utusan TV, enam lelaki warga tempatan telah ditahan polis pada hari yang sama selepas dipercayai terlibat dalam pergaduhan di kawasan letak kereta tingkat bawah kompleks beli-belah di Jalan Bintang, Miri.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, kesemua suspek yang berusia antara 19 hingga 34 tahun itu ditahan di beberapa lokasi sekitar Bandaraya Miri.

https://twitter.com/anthraxxx781/status/1612078103811215361?s=20&t=uD1dRwVXOBQBKncECRGAzw

“Enam lelaki tersebut ditahan untuk siasatan lanjut. Tangkapan dilakukan sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri susulan satu aduan diterima pada pukul 11 pagi hari yang sama,” katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh dengan senjata dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.