Empat orang telah ditahan polis apabila mereka terlibat dalam satu pergaduhan yang tular melalui satu video berdurasi 2 minit 38 saat menunjukkan beberapa motosikal mengepung sebuah kenderaan pacuan empat roda di jalan berhampiran Bulatan Pahang semalam.

Beberapa motosikal terbabit yang dinaiki sekumpulan lelaki berjaya menahan kenderaan pacuan empat roda berkenaan sebelum cermin kenderaan itu pecah dibaling menggunakan helmet.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya menahan empat lelaki berusia antara 16 hingga 42 tahun di beberapa lokasi sekitar ibu kota ini bermula 8 malam hingga 12 tengah malam.

“Siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berpunca akibat perselisihan faham berkaitan halangan sebuah motosikal ke atas kenderaan pacuan empat roda di Lorong Haji Hussin, Chow Kit.

“Semua suspek yang ditahan direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 25 Mac nanti untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

https://www.youtube.com/watch?v=RDtQHSu3Bek&t=37s

Tambah Mohamad Zainal lagi, hasil ujian air kencing dilakukan terhadap semua suspek didapati negatif dadah.

“Kami menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan tindakan sendiri dan mematuhi undang-undang sedia ada.

“Selain itu, kami juga memohon orang ramai supaya tidak menularkan video yang boleh mendatangkan kegusaran awam.

Mohamad Zainal meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Baca lagi artikel-artikel terbaru yang kami kongsikan melalui pautan di bawah.

Beri Keterangan Palsu Untuk ‘Berbulan Madu’, Pasangan Instafamous Ini Bakal Dikompaun

Struktur Kren Launcher Lebuh Raya SUKE Jatuh Hempap Kereta

Myvi ‘Terbang’ Elak Terjunam Dalam Longkang Besar Raih Perhatian Netizen

Sumber