Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung, dapat dilihat lambakan individu yang mendaftar sebagai rider penghantar makanan dalam usaha untuk mencari rezeki.

Dalam pada itu, tular baru-baru ini di Facebook Group foodpanda Rider Malaysia daripada perkongsian seorang pengguna Facebook yang memperlihatkan seorang budak perempuan yang comel dan berpakaian sebagai rider foodpanda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian yang dibuat lelaki ini bersama The Vocket, beliau memaklumkan anak buah bernama Raisya Sofea berusia dua tahun dan tiga bulan ini sememangnya suka dan mudah teruja apabila melihat rider foodpanda.

Tambahan pula, bapa kepada budak perempuan ini turut mengusahakan bisnes makanan melibatkan nasi dan burger di mana servis daripada foodpanda sememangnya kerap digunakan oleh pihak mereka.

Keterujaan beliau bersama foodpanda membuatkan ibu kepada Raisya ini mencari baju dan beg foodpanda saiz kanak-kanak untuk digayakan beliau yang ditemui secara kebetulan di Shopee.

Telatah budak ini ‘bertugas’ sebagai rider foodpanda yang berbasikal serta turut memakai helmet berwarna merah jambu berjaya menarik perhatian netizen yang berpendapat ini ‘rider’ ini sangat comel. Tidak kurang juga yang tertarik untuk mendapatkan pakaian dan beg kecil ini.

Screen Shot 2021-06-25 at 4.11.56 PM
Sumber: Facebook Foodpanda rider malaysia
Screen Shot 2021-06-25 at 4.16.55 PM
Sumber: Facebook Foodpanda rider malaysia

Buat anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Raisya Sofea, anda boleh ikuti Instagram bapa beliau dengan klik di sini.

Ikuti juga kisah rider OKU yang terpaksa berbasikal sejauh tiga kilometer semata-mata untuk menghantar makanan namun akhirnya sekadar ditipu pemesan.

Sanggup Berbasikal Hampir Tiga Kilometer, Rider OKU Ini Nampaknya Sekadar Menjadi Mangsa ‘Scam’

‘Rider’ foodpanda Sekali Lagi Muncul Hero, Kali Ini Bantu Polis Tangkap Perompak