Program vaksinasi kebangsaan sedang giat dilaksanakan dan boleh dikatakan segelintir penerima vaksin hadir dengan gaya unik seperti memakai pakaian batik, kostum dan sebagainya.

Terbaharu, pusat pemberian vaksin di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) telah berkongsi beberapa keping gambar ‘rare’ di Twitter milik mereka dimana menunjukkan seorang penerima vaksin memakai kostum dinosaur untuk menerima vaksin.

Menerusi ciapan tersebut, BCCK turut berkongsi langkah-langkah proses pengambilan vaksin agar memudahkan proses bagi mereka yang belum lagi menerima vaksin.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata berasa terhibur dengan penerima vaksin itu. Malah, para netizen juga mengatakan dengan melihat gambar tersebut telah menceriakan hari mereka.

https://twitter.com/elishakhalid/status/1414252276357623810

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut mengatakan ini adalah salah satu cara unik untuk promosikan kepada mereka diluar sana yang masih belum mahu mengambil vaksin.

Untuk makluman, bekas pesakit COVID-19 kini tidak perlu lagi menunggu selama 3 bulan untuk menerima vaksin dan sebanyak 7,649,848 orang sudah menerima dos pertama vaksin.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Dengan Kehadiran COVID-19 Varian Delta, Ramalan Bill Gates Pada December 2020 Didakwa Benar

Dalam 6 Bulan Terakhir, 99.5 Peratus Orang Meninggal Dunia Kerana Tidak Divaksin COVID-19