Color-blocking adalah cara pemakaian yang menggunakan dua, tiga atau empat warna yang sangat berbeza. Tema ini dipopularkan sekitar tahun 1960an hingga 1980. Tetapi sejak 3 4 tahun kebelakangan ini, tema color-blocking mendapat perhatian kembali. Ini mungkin kerana pengaruh yang dibawa oleh artis Korea yang menular dikalangan rakyat Malaysia. Tahukah anda tema ini sebenarnya dipopularkan dahulu oleh pekerja Bangladesh yang berhijrah ke Malaysia.

Mujibur Mari, Istimewa Aidilfitri Astro Mustika HD

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Gambar dari Google

Teknik ini tidak sesusah mana. Dengan mengikuti 5 teknik mudah ini, anda mampu untuk tampil lebih yakin tentang pilihan warna anda.

1. Pilih Satu Pendekatan
Ada tiga cara asas menggayakan teknik pemakaian ini. Pilih salah satu

Pilihan Pertama : Monochromatic = Satu warna untuk seluruh pakaian dengan tona yang berbeza1

Gambar dari Bella Ammara

Pilihan Kedua : Pakaian berasingan dengan beberapa warna yang kontra
2

Gambar dari Zawara

Pilihan Ketiga : Satu Pakaian dengan beberapa warna dan assesori
3

Gambar dari Bella Ammara

2. Pilih warna skim
Terdapat empat teknik untuk memilih warna yang harmoni. Teknik-teknik tersebut adalah ‘complementary’, ‘analogous’, ‘split-complementary dan ‘triadic’. Teknik ini digunakan dengan merujuk roda warna.

‘Complementary’ adalah dengan memilih warna yang bertentangan didalam roda warna

‘Analogous’ adalah dengan memilih skim warna bersebelahan didalam roda warna

‘Split-Complementary’ adalah dengan memili variasi warna ‘complementary’ yang bersebelahan

‘Triadic’ adalah dengan memilih warna didalam roda warna yang mempunyai silangan ruang yang sama

Tips Untuk Colour Blocking2

Gambar dari Google

Kami sarankan anda untuk memilih warna kegemaran anda sebagai warna pertama dan memadankannya dengan menggunakan carta tersebut

3. Tambah warna ketiga dan keempat
Selalunya color-block digayakan dengan dua gabungan warna sahaja. Tetapi dengan menggabungkan tiga atau empat warna akan membuatkan gabungan tersebut tampak lebih menarik. Salah satu cara untuk melalukannya adalah dengan memilih warna ketiga yang berlainan tona dari warna sedia ada. Sebagai contoh, jika anda memilih warna merah vivid, cuba padankan dengan warna ungu atau merah jambu, jika anda memilih warna biru terang, cuba padankan dengan warna navy blue atau baby blue

4

Gambar dari Wafiyyabydollscarf

4. Pakai pakaian yang mempunyai satu warna
Tema ‘color-blocking’ akan lebih menyerlah jika anda memakai satu pakaian untuk mewakili satu warna. Sebagai contoh warna oren untuk tudung, warna hijau untuk baju dan warna ungu untuk skirt

5. Tentukan kesesuaian
Walaupun color-blocking adalah trend terkini, realitinya ia mungkin tidak sesuai untuk gaya hidup anda. Jika anda bekerja didalam industri kretif atau pejabat yang kasual, tema ini mungkin sesuai untuk anda. Anda juga perlu untuk berekperimentasi untuk mencari padanan yang sesuai

1234

Gambar dari Hafhmk

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram