Ghina Bou Hamdan, kanak-kanak Palestine-Syria ini mempunyai suara yang lunak ketika menyanyikan salah satu lagu kegemarannya yang bertajuk “Aatoona Toufouli” di ujibakat MBC The Voice Kids. Tapi bukan itu yang mahu diketengahkan.

Ghina telah membuatkan para juri dan penonton berasa sesuatu di hati mereka apabila Ghina membawakan lagu itu dengan penuh perasaan dan harapan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Give Us Childhood, Give Us Peace

Salah seorang juri, Nancy Ajram penyanyi terkenal Arab telah memberi sokongan kepada Ghina apabila dia seakan terhenti menyanyi apabila bait lirik yang dituturkannya itu begitu berat kerana ia melibatkan realiti kehidupan Ghina di negara bergolak.

Ghina teruskan menyanyi sambil mengalirkan air mata apabila tiba di lirik ini:

‘Our sky is asking, it’s asking the days’…‘Where is the beautiful sun and the flocks of pigeons?’

Dia meminta kepada warga dunia agar dikembalikan keamanan dan zaman kanak-kanaknya yang terganggu dek peperangan.

Sebenarnya kami turut terasa dengan lagu “Aatoona Toufouli” ini. Mungkin anda begitu juga. Dengarkanlah:

Sebenarnya ini bukan pertama kali kanak-kanak dan remaja negara bergolak mencuri perhatian dunia dengan persembahan rasa hati mereka tentang apa yang sedang mereka alami di negara yang tiada lagi keamanan.

https://www.youtube.com/watch?v=BQAdMy_JOew

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram