Sebagai pemilik kenderaan, berapakah jumlah kos aksesori dan modifikasi yang sanggup kita ‘laburkan’ supaya ia nampak cantik di mata kita kita sendiri?

Baru-baru ini seorang pemilik Perodua Bezza mengejutkan ramai apabila dia telah berkongsi jumlah perbelanjaan mencecah sebanyak RM37,903 untuk mengubah suai daripada Perodua Bezza 1.0 AT menjadi sebuah Bezza yang nampak lebih ‘sporty’ dan ‘premium‘.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@fendymojo

Okey ini final total semua costing modified and accessories kt bezza facelift aku. #hitampremium #fendymojo

♬ original sound – Fendymojo – Fendymojo

Ternyata perkongsian tersebut telah menyebabkan warganet merasakan jumlah perbelanjaan yang besar itu sebagai sia-sia dan membazir kerana dengan harga modifikasi itu menyamai dengan harga sebuah lagi model Bezza.

Bagaimanapun, ada juga sebahagian netizen yang berpendapat hobi modifikasi ini mempunyai kepuasannya yang tersendiri kerana ia memerlukan kreativiti untuk menggayakan sesebuah kenderaan untuk nampak lebih cantik serta menarik daripada model ‘stock‘.

Tambah mereka juga, dengan adanya perkongsian video seperti ini, ia dapat membantu pemilik kenderaan lain untuk membuat ‘kira-kira’ lebih baik supaya setiap wang yang dikeluarkan adalah berbaloi.

Sumber Gambar: Facebook Fendy Mojo
Sumber Gambar: Facebook Fendy Mojo
Sumber Gambar: Facebook Fendy Mojo
Sumber Gambar: Facebook Fendy Mojo

Setakat artikel ini ditulis, warganet masih lagi melontarkan pandangan masing-masing terhadap hobi modifikasi ini yang menelan belanja puluhan ribu ringgit.

Walaupun menerima tentangan ramai, pemilik Perodua Bezza ini tetap cool tidak memberikan sebarang reaksi kepada netizen berkenaan perbezaan pandangan terhadap hobinya itu.

Bagi anda mahu melihat kos modifikasi untuk bahagian exterior kereta ini, anda boleh tonton dua video terdahulu yang kami kongsikan di bawah.

@fendymojo

Total aku makeup bezza2020 luaran sahaja RM11,520.00

♬ original sound – Fendymojo – Fendymojo

@fendymojo

Total interior yang aku dah makeup dekat bezza ni. #hitampremium #fendymojo

♬ original sound – Fendymojo – Fendymojo

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Baca lagi beberapa kisah modifikasi kenderaan yang pernah berlaku di negara ini sehingga menarik perhatian ramai.

Bermodalkan RM2,000 Dan Tutorial YouTube, Bapa Pemuda Ini ‘Custom’ Proton Iswara Jadi Trak Pikap

Netizen Sedih Lihat Keadaan Perodua Axia Diubah Suai Hingga Hilang Seni ‘Stance’

Kancil ‘Cabriolet’ Di Klang Ini Sedia Dijual Dengan Harga Serendah RM2,000

Sumber