Nama Riz Amin tidak lagi perlu diperkenalkan, beliau yang merupakan seorang pelakon telah menjalani rawatan menanam semula rambut baru-baru ini. Beliau telah memendam hasrat menjalani rawatan tersebut sejak Januari yang lalu.

Difahamkan, beliau melakukan rawatan tersebut bertujuan untuk merawat masalah keguguran rambut terutama di bahagian hadapan kepala. Sebelum ini, usahanya untuk mendapatkan rawatan terhalang kerana kekangan masa dan terpaksa menjalani beberapa penggambaran serta kena patuh dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Image_2

Menurutnya, beliau menjalani rawatan tersebut di salah sebuah klinik popular di ibu kota. Tambahnya, sebanyak 4,083 helai rambut diambil dari bahagian belakang kepalanya ditanam semula di bahagian hadapan dan mengambil masa lebih kurang 6 hingga 7 bulan untuk tumbuh semula rambut baru.

Untuk pengetahuan anda, setiap helai berharga RM6 dan baginya ia satu pelaburan yang berbaloi untuk kepuasan dirinya dan mendapatkan semula keyakinan untuk berlakon.

Sementara itu, anda boleh baca artikel berkaitan dengan artis Malaysia pada pautan di bawah ini.

Chef Wan ‘Pegang Janji’ Jaga Bekas Isteri Selama 33 Tahun Berpisah

Zul Yahya Gesa Kru Penggambaran Tinggalkan Industri Hiburan, Cari Pekerjaan Lebih Diberkati

Kedutaan Arab Saudi Hadiahkan Naskah Al-Quran Buat Wany Hasrita Dan Ibu

Sumber