Penjualan produk kosmetik buatan tempatan yang tidak mendapat kelulusan nampaknya tidak menunjukkan tanda-tanda pengurangan malah semakin bertambah. Terkini Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah mengeluarkan senarai 14 jenis produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Noor Hisham Abdullah, notifikasi produk yang mengandungi racun berjadual tersebut sudah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi. Berikut merupakan senarai produk yang mengandungi racun berjadual:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

48386dde29034cfcefa784717b4c10f9

1. Diamond Gold Skin Care Day Cream
2. Diamond Gold Skin Care Night Cream
3. Diamond Gold Skin Care Treatment Cream
4. Alora Night Glowing Cream
5. Karisma Nightcream Kunyit
6. Karisma Daycream
7. Karisma Treatment Sarang Burung
8. Seputih Melati Night Cream Whitening
9. Seputih Melati Night Cream Glowing
10. Majaja Serum Channtiq
11. SYMA Magical Serum
12. SYMA Facial Cleanser
13. Khumaera Moistskin Cleanser
14. Bao Shu Tang Snow Lotus Cream

Antara racun berjadual yang terdapat dalam produk kosmetik berkenaan adalah seperti hydroquinone, tretinoin dan diphenhydramine. Penggunaan bahan-bahan tersebut sepatutnya perlu didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah malah penjual yang menjual dan mengedar produk tersebut boleh melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Pengguna yang mendapat kesan sampingan kesan penggunaan produk-produk tersebut handaklah mendapatkan rawatan dan nasihat daripada pengamal kesihatan profesional. Pengguna boleh melihat senarai produk yang mengandungi bahan berbahaya di laman web NPRA.