Jika anda merupakan salah seorang peminat pertarungan seni mempertahankan diri atau pun tidak, pasti anda akan mengetahui perseteruan hebat antara Conor McGregor dan Khabib Nurgamedov.

Perseteruan hebat antara kedua petarung ini bukan sahaja berakhir di gelanggang namun sering dibawa keluar sehingga ke media sosial. Malah, mereka sebelum ini juga sering bertukar komen-komen pedas ataupun trash talk antara kedua-duanya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Conor-VS-khabib-1280×720
Connor dan Khabib dalam sidang media sebelum pertarungan mereka sebelum ini.

Namun perseteruan hebat mereka itu seakan terhenti buat seketika selepas bapa kepada Khabib, Abdulmanap Nurmagomedov yang juga merupakan jurulatih kepada atlet dari Rusia itu diumumkan meninggal dunia pada semalam.

Abdulmanap dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami beberapa masalah kesihatan yang dikatakan berpunca daripada wabak COVID-19 seperti dilaporkan beberapa media utama.

abdulmanap
Khabib dan bapanya Abdulmanap sebelum ini

Walaupun terkenal dengan sikap nakal dan kelantangan beliau sebelum ini, namun Conor beberapa jam lalu dilihat memberi penghormatan terakhir buat bapa Khabib dengan mengucapkan takziah buat keluarga atlet dari Dagestan itu.

“Kehilangan seorang ayah, jurulatih dan peminat sukan ini (MMA) yang berdedikasi.

“Takziah dan bersemadilah dengan aman di sana Abdulmanap Nurmagomedov,” tulis Conor di Twitternya.

https://twitter.com/TheNotoriousMMA/status/1279117738687021060?s=20

Perseteruan antara Conor dan Khabib sebelum ini sering dianggap sebagai salah satu perseteruan terhebat dalam sukan pertarungan mempertahankan diri walaupun perlawanan antara mereka telah lama berakhir pada 2018.

Kedua-duanya sebelum ini pernah bertemu di dalam gelanggang dalam acara UFC 229 pada Oktober 2018 dengan kemenangan berpihak buat Khabib selepas empat pusingan dan tiga minit perlawanan.

Bagaimanapun, perkelahian antara dua penggusti itu tidak berakhir di situ apabila Khabib kemudiannya mencetuskan kekacauan dan menyerang pasukan kejurulatihan Conor di tepi gelanggan dan sehingga hari ini perseteruan antara mereka berdua masih lagi kuat sama seperti sebelum dan semasa pertembungan tersebut.

Bagaimanapun, Connor dilihat mengenepikan permusuhan antara mereka buat seketika dengan mengucapkan takziah buat salah seorang individu terpenting dalam perjalanan karier musuh utamanya itu.

Conor sebelum ini bersetuju untuk mengadakan rematch antara dirinya dengan Khabib namun jika hanya satu syarat ini dipenuhi. Ketahui apakah syarat tersebut di pautan di bawah. 

Khabib Setuju ‘Rematch’ Dengan McGregor Jika UFC Sanggup Penuhi Satu Syarat

Mengapa Khabib Menyerang ‘Penonton’ Selepas Membelasah McGregor Di UFC 229

Conor McGregor Ajar Bagaimana Cara Memperoleh RM7.9 Juta Dalam Masa Satu Saat

Sumber