Selepas beberapa bulan mengecapi populariti dalam kalangan rakyat Malaysia dan beberapa kali namanya disebut perdana menteri sebelum ini, pasangan suami isteri yang mengendalikan channel YouTube Sugu Pavithra akhirnya membuat keputusan untuk memfokuskan sepenuhnya kepada perkara itu.

Dalam satu video yang baru dimuat naik beberapa hari lalu, pasangan suami isteri M. Sugu dan S. Pavithra itu mengumumkan suaminya kini sudah pun berhenti kerja sebagai pekerja ladang di tempat mereka tinggal ketika ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

img

“Suami saya sudah berhenti kerja di estet dan kami ada masa satu bulan lagi lah untuk pindah (keluar) dari ladang tempat estet kami.

“Sebab suami berhenti kerja ialah “Ini estet memang kerja tapi kami tak boleh cuti banyak dan absent (tidak hadir),” tambah suaminya kepada kenyataan awal S. Pavithra itu.

Menurut Pavithra, keputusan itu dibuat selepas suaminya sebelum ini perlu meluangkan lebih banyak masa bersamanya di rumah untuk mengadakan temubual di rumah mereka.

Disebabkan itu, suaminya terpaksa mengambil cuti yang banyak ketika bekerja di ladang dan akhirnya mereka membuat keputusan untuk meninggalkan kerja tersebut dan hanya memfokuskan kepada penghasilan video di YouTube.

“Jadi kerja dia terganggu sebab itu dan kami rasa lebih baik suami berhenti kerja dan fokus untuk YouTube sahaja lepas ni,” jelas S. Pavithra.

Reaksi bercampur-baur netizen

Keputusan suami isteri tersebut sudah pastinya mengejutkan para penonton dan subscriber channel mereka yang kini mencecah lebih 600,000 orang.

Walaupun ada yang memuji keputusan yang diambil mereka namun ada juga yang berharapkan pasangan tersebut sudah mempunyai perancangan rapi bersama keputusan yang telah diambil mereka itu.

sughu sughu2

Ini kerana jelas mereka, perancangan yang rapi terutama berkaitan kewangan adalah sesuatu yang penting terutama dengan ketidak stabilan ekonomi susulan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia ketika ini.

Walaupun tidak menghalang keputusan yang diambil pasangan itu, ada juga para netizen yang memuji keberanian yang dimiliki mereka demi mencapai lebih banyak kejayaan di masa hadapan melalui apa yang dilakukan ketika ini.

sughu 3 sughu4

Tonton pengumuman penuh mengejutkan suami isteri ini di pautan di bawah yang yang baru sahaja dimuatnaik beberapa hari lalu.

https://www.youtube.com/watch?v=WS-jW9DGXxs

Kisah pasangan suami isteri ini mula menarik perhatian netizen seluruh negara sejak pelaksanaan PKP yang lalu sehingga mereka berjaya meraih pendapatan melalui video yang dihasilkan di YouTube. Baca kisah mereka di pautan di bawah. 

Hanya Rakam Menggunakan Telefon, ‘Channel’ YouTube Masakan Wanita Ini Kini Dibayar Google

Bukan RM144,000 Tetapi Ini Pendapatan Sebenar Sugu Pavithra Selepas Meletup Di YouTube

Sugu Pavithra Dilaporkan Terima Hadiah Dan Kad Ucapan Daripada Perdana Menteri