Saya nekad berhenti kerja setelah setahun merancang trip menunaikan umrah melalui Trans Siberian, 11 Negara , 26 bandar , dan 5 zon masa berbeza.

St. Augustine once said, “The world is a book, and those who do not travel, read only a page”.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

8 januari 2016 adalah tarikh keramat yang sukar dilupakan dalam hidup saya.
Tarikh akhir saya berkhidmat sebagai Wartawan Penyiaran dan Penerbit rancangan TV di salah satu stesen TV Islamik yang terkenal di Malaysia.

Keputusan dibuat setelah saya hadam dan telan pahit manis segala pengalaman selama hampir 6 tahun dalam dunia bidang penyiaran dan penerbitan.

Saya perlukan pengalaman yang baru bagi memajukan diri dan mengembangkan lagi karier dan kepakaran dalam pekerjaan saya.

Keputusan untuk berhenti kerja adalah satu perkara yang sukar untuk kita semua, kerana saya juga sama seperti sesiapa sahaja yang mempunyai tanggungjawab kepada keluarga dan penentu masa depan.

Dalam bidang penerbitan dan dunia realiti penyiaran TV, mempunyai kepakaran dan banyak pengalaman adalah bonus kepada mereka yang ingin pergi jauh.

Sebab itu saya mengambil masa yang lama untuk berfikir sebelum membuat keputusan berhenti kerja tetap saya di stesen TV Al-Hijrah.

inspirasi-umrah-1

inspirasi-umrah-2
Antara Program terakhir saya sebelum berhijrah daripada TV Al-Hijrah.

inspirasi-umrah-3

Setahun sebelum saya berhenti saya mulakan dengan rangka dan pelan target saya. Setiap hari saya berfikir apa yang harus saya lakukan setelah berhenti kerja?

Saya nasihatkan kepada anda yang ingin atau sedang berfikir untuk berhenti kerja pastikan kita sudah tahu apa yang ingin kita lakukan, dan pastikan kita merancang dengan sebaiknya agar tidak terbazir waktu dan menjejaskan pendapatan bulanan kita.

Saya membuat simpanan tetap setiap bulan dan pastikan ia boleh digunakan ketika diperlukan. Maklumlah kita baru sahaja berhenti kerja.

Saya senaraikan target utama saya iaitu ingin fokuskan dahulu dalam bidang perniagaan dan bidang penerbitan.

Jujurnya saya bukanlah pandai sangat dalam bab perniagaan tetapi melihat latar belakang ayah dan keluarga saya yang suka kepada perniagaan dan ia membuatkan saya lebih tekad untuk berani belajar dan mencuba.

Selain itu, bidang penerbitan ini adalah impian saya agar dapat menjadi seorang pengarah filem berunsur Islamik suatu hari nanti.

Saya seorang yang workaholics dan sukakan cabaran dan kepuasan dalam bekerja. Saya tidak pernah menyalahkan orang lain sebaliknya akan mencari kelemahan dan kekurangan yang ada dalam diri untuk memperbaiki kualiti diri.

Saya memang suka travel. Kalau dulu belajar di luar negara dan bekerja di stesen TV saya selalu buat program TV yang melibatkan travel agar saya boleh lihat dunia dan cuba belajar dengan rebut segala peluang yang ada.

Saya bina networking dan rancang sedikit pelan perniagaan yang bakal saya usahakan bersama rakan kongsi perniagaan saya pada tahun ini, semoga ia berhasil. Amin.

Only there who seek for it, will find it.

Dan semangat saya semakin berkocak setelah saya berjumpa dengan sahabat saya Mohd Shahrul Abu bakar yang merupakan seorang backpacker sejak belajar di UIA lagi.

Dan beliau pernah jelajah Trans Siberian sejak usia muda. Dan setelah mendengar pengalaman beliau dari situlah timbul minat.

Saya mula merangka pelan untuk merentasi Trans Siberian dan berakhir dengan mengerjakan ibadah umrah di kota suci Haramain iaitu Makkah dan Madinah berpandukan kepada pengalaman beliau.

Kebetulan pada waktu itu isteri saya baru sahaja mengandung dan takdir rezeki anak pertama, saya dapat bekerja di salah sebuah syarikat produksi Juxtapose Sdn Bhd sebagai penerbit.

Dengan izin Allah, saya berjaya rangka pelan trip ini menjadi sebuah program TV daripada niat asal hanya ingin pergi travel setelah berhenti kerja. Tidak saya sangka ia akan menjadi satu program TV.

Dan akhirnya ia benar-benar menjadi kenyataan. Dari pelan trip percutian menjadi trip pengambaraan untuk program TV. Saya namakan program ini Haramain Backpackers (HB) yang merujuk kepada 2 Tanah suci iaitu Makkah dan Madinah.

Ia mengisahkan 2 sahabat ingin travel dan melengkapkan trip mereka dengan melalui 26 bandar, 11 Negara, 5 timezone berbeza, dan jumlah perjalanan sejauh 29000km bagi menunaikan ibadah Umrah. Dan Trip ini mengambil masa selama 60 hari.

Kami baru sahaja selesai pengambaraan dan baru sahaja pulang ke tanah air pada 15 Ogos baru-baru ini. Di sini sSaya ingin kongsikan serba sedikit pengalaman saya sepanjang menerbit dan menjayakan misi Haramain backpackers via Trans Siberian ini.

Bagaimana Haramain Backpackers bermula?

Setahun saya create this idea. 6 bulan hidup lintang pukang nak siapkan segalanya. Jam 2, 3 pagi baru balik rumah.

Masa untuk keluarga terpaksa saya korbankan demi menjayakan misi mencabar ini. It’s not easy untuk menjadi seorang produser bagi melengkapkan misi trip Trans Siberian ini.

Jika dahulu saya bekerja hanya all out untuk 2 kali ganda, tapi sekarang kena lagi lebih ke 4 kali ganda.

Itenari perjalanan dan breakdown, treatment , skrip shooting perlu saya siapkan selari dengan jadual perjalanan trans Siberian. 11 negara yang bakal saya lalui bersama team bermula dari Beijing China, Ulan Bator Mongolia, Irkustk Baikal, Kazan dan Moscow (Rusia), Bosnia, Croatia, Albania, Budapest Hungary, Istanbul dan Haramain ( Makkah & Madinah).

The journey to success includes a lot of failure and disappointment. The key is to never give up.

Permulaan trip ini agak sukar juga apabila saya perlu memastikan semua team penerbitan dan pengacara bersedia dari segi fizikal dan mental. Perancangan bajet perlu diteliti dengan baik agar tiada yang masalah bila kita travel nanti dan mengelak pembaziran berlaku.

Sebenarnya tujuan saya terbitkan idea program ini adalah memberi gambaran sebenar apa yang berlaku kepada penonton dan backpackers bagaimana kita boleh belajar beberapa survival skils dalam backpack dan menjadi traveller sejati iaitu ‘travel smart’ iaitu bijak dalam membuat perancangan dan keputusan dengan mendapat harga yang murah tetapi selesa.

Saya tak nafikan sejak pembabitan saya dalam dunia penerbitan ini, program ini adalah yang terlalu mencabar bagi saya dengan pelbagai persediaan yang perlu dilakukan antaranya visa kami ke Rusia pernah 2 kali ditolak dan perlu membuat permohonan baru semula.

Sebenarnya untuk mendapat visa Rusia ia agak ketat juga, jika kita tinggal lebih daripada 22 hari kita perlu menunjukkan kepada pegawai kedutaan Rusia segala resit dan pembelian yang mengesahkan kita akan tinggal disana lebih daripada 22 hari. Mujurlah saya ada pembantu yang menguruskan segala urusan visa dan jadual perjalanan.

Begitu juga dengan visa umrah, ramai akan bertanya bagaimana ingin mendapatkan visa umrah tanpa mengambil pakej daripada travel agensi umrah dan sebagainya. Dan sekarang popular dengan istilah Umrah DIY.

Jawapan saya mudah, anda perlu mendapatkan urusan visa umrah dengan travel agensi umrah yang anda pilih dan maklumkan pada mereka saya hanya ingin visa umrah dan juga tiket penerbangan sahaja.

Selebihnya anda akan uruskan sendiri termasuk penginapan di Makkah dan Madinah serta makan dan minum. Bagi saya cara ini jimat dan bagus dengan mengalakkan orang muda pergi menunaikan umrah.

Dan jangan terkejut sebenarnya hotel di Makkah dan Madinah jauh lebih murah jika anda membuat tempahan awal berbanding harga pakej yang ditawarkan oleh travel agensi umrah. Tempahan boleh sahaja dibuat melalui web booking.com dan web tempahan hotel yang lain.

haramain-backpacker-20

Bersama team penerbitan Haramain Backpackers – Director Hendra, Host Amin, saya, Asst Prod Neollene Ain, Guide trip Shahrul, Host Mat dan DOP Nuh Roslan.

Hampir sebulan masa diambil untuk lunaskan segala persediaan bagi trip trans Siberian ini. Segala tiket flight, train dan penginapan ditempah terlebih awal bagi mengelakkan daripada harga menjadi mahal.

Team teknikal penerbitan saya sebenarnya tak ramai hanya 4 orang sahaja termasuk saya. Manakala team pengurusan penerbitan 2 orang sahaja.

Alhamdulilah semuanya multi-tasking. Dengan tarikh tayangan semakin hampir saya perlu pandai membahagikan masa supaya tidak terlewat bagi sesi penghantaran visual master dan ini juga antara cabaran saya yang perlu saya hadapi.

Kenapa Trans Siberian?

Trans Siberian adalah merupakan laluan kereta api yang terpanjang di dunia dan merupakan ‘dreams’ bagi setiap traveller dan backpackers.

Bagi seorang traveller melalui trans Siberian adalah merupakan final stage atau bucket list yang terakhir misi dalam hidup mereka selain dapat travel ke negara lain.

Dan sebab itulah saya merangka route trip ini lebih menarik dan bermakna dengan merentasi negara Balkan, Istanbul dan seterusnya ke Makkah dan Madinah untuk mengerjakan ibadah umrah dengan melalui laluan tersebut.

Pengalaman mahal Haramain Backpackers.

haramain-backpacker-16
Keunikan Masjid Niujie bilal hanya iqamat di perkarangan luar masjid untuk solat magrib.

Permulaan pengalaman trip saya bersama team HB ke Beijing China, adalah sesuatu yang tidak disangka dengan bermulanya pelbagai cabaran bagi misi Trans Siberian.

Beijing hujan tak henti-henti sejak 2 hari. Kami sempat melawati masjid Niujie dan ratanya kawasan ini ramai komuniti Islam. Makanan halal pun senang dapat dekat sini.

Saya syorkan kepada backpackers yang ingin ke Beijing untuk masukkan masjid ini ke dalam bucket list. Anda perlu masukkan Niujie untuk melihat bagaimana Islam dan cara hidup komuniti Islam disini.

haramain-backpacker-6

Behind the scenes: Host menceritakan sejarah pembangunan Masjid Niujie iaitu masjid yang tertua di Beijing, China. Ia dibina dengan menggunakan kayu balak.

Keesokannya, hari yang dinanti-nantikan untuk menaiki Trans Monggolia. Namun kami tidak bernasib baik. Naik teksi kena ‘game’. Kalau tengok dalam waze dalam 15 minit sampai, tapi kami kena duduk sejam dalam teksi dengan hujan yang mencurah di luar.

Dengan pemandu teksi tipu kami, akhirnya kami terlepas train. Berlari–lari saya dan team. Hanya 5 minit lewat ke tempat arrivals, pintu utama ‘gate train’ ditutup.

Dan waktu tu, menangis macam mana pun tetap kita tidak dibenarkan masuk ke dalam. Apa yang boleh saya katakan konsepnya sama dan mudah seperti mana kita menaiki kapal terbang.

Di mana kita perlu berada di stesen 2 jam atau 40 minit awal daripada waktu berlepas. Perasaan saya ketika itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu. 7 jam di tempat menunggu train yang sama.

Saya dan team mencari solution. Masa itu saya ingat lagi kami belum sarapan pagi disebabkan berkejaran dan kelam kabut dengan masalah yang di hadapi.

Sebenarnya Trans Mongolia iaitu train dari Beijing ke Ulan Bator hanya 2 kali seminggu iaitu pada hari selasa dan rabu. Jadi saya dan team semak kembali jadual perjalanan keretapi ini.

Kami buat semakan di kaunter ejen dan alhamdulilah masih ada lagi baki tiket yang kosong. Dan kami membuat keputusan beli semula tiket baru dengan harga yang jauh mahal sedikit dari biasa iaitu dalam MYR1,300 seorang.

Dan kami juga mencari hotel yang lebih berdekatan di Beijing Railway station. Hotel kami RJ Brown berdekatan Temple of Heaven. Daripada situ ke Beijing Railway hanya dalam 6 minit sahaja tetapi kalau naik teksi boleh jadi sejam jika jalan sesak.

haramain-backpacker-9
Saya dan team baru dapat menaiki train Mongolia setelah hari sebelumnya terlepas train ini. Masa ini masih lagi hujan lebat.

haramain-backpacker-64

haramain-backpacker-66

Belajar daripada yang lepas, itulah saya yang saya ingatkan kepada semua team Haramain Backpackers. SABAR adalah perkataan yang sesuai digunakan pada waktu ini.

Setelah menaiki keretapi, keretapi bergerak dengan perlahan sehinggalah berhenti pada satu stesen dan saya rasa kami masih lagi di Beijing. Kali ini keretapi yang kami naiki terkandas selama 26 jam.

Walaupun perjalanan ke Ulan Bator mengambil masa dalam sehari lebih, ini bermakna 2 hari kami dalam train perjalanan ke Ulan bator. Tapi setiap kejadian pasti ada hikmahnya.

Sewaktu menaiki keretapi ini saya mendapat kawan yang sama bilik dengan saya. Seorang daripada Jerusalem, Israel dan seorang lagi dari Beijing tapi beliau sekarang menetap bersama keluarganya di Amerika Syarikat.

Sepanjang dalam trip ini biarpun terkandas kami berdiskusi, bertukar pendapat dan berkenalan dengan lebih rapat. Hasilnya banyak yang saya belajar daripada mereka.

Biarpun berlatar belakang dengan konflik penindasan kemanusiaan Israel terhadap Palestin daripada abad ke 19 pada tahun 1920 lagi. Mengambil cara terbaik dalam setiap perbualan saya dengan Daniel dari Israel, kami sama-sama mengelak dari berbual perkara yang sensitif terutamanya apa yang berlaku sekarang di Palestin.

haramain-backpacker-65
Gambar ini ketika train kami terkandas selama 26 jam di Beijing.
haramain-backpacker-70
Saya bersama Daniel dari Jerusalem, Israel. Kami berkongsi dan bertukar pendapat mengenai minat yang sama iaitu kamera.
haramain-backpacker-68
Daniel sempat membaca buku skrip dan treatment shooting saya dalam Haramain Backpackers.

haramain-backpacker-69

haramain-backpacker-54

Daniel rajin menulis, ada masa sahaja beliau akan menulis. Saya ambil semangat daripada beliau, sempat beliau pesan kepada saya “lets make a good story my friend’.

Daniel adalah seorang traveller dan juga fotographer. Beliau sudah mengembara selama 6 bulan setelah selesai berkhidmat sebagai tentera ‘national service’ yang menjadi setiap kewajipan anak muda Israel untuk berkhidmat menjadi tentera.

Saya perasan apabila tiap kali pemeriksaan imergesen dan tentera di sempadan Mongolia, beg beliau yang akan diperiksa satu persatu.

Dari apa yang saya perhatikan tentang Daniel, saya kagum dengan beliau yang setiap waktu menghabiskan masa dalam keretapi dengan menulis dan membaca buku.

Disebabkan itu saya katakan beliau antara Yahudi yang berbeza dengan yang lain. Pemikirannya lebih terbuka dan dia mempelajari tentang kebaikan Islam sedikit demi sedikit.

Daniel juga berkongsi dengan saya berkaitan kosher. Beliau mengamalkan kosher. Kosher, kashrut, atau kasher menurut kacamata Yahudi merupakan makanan dan haiwan yang boleh dimakan.

Mereka juga tidak memakan daging babi kerana bagi mereka ia juga haram. Bagi daging lembu, kambing, daging ini biasanya disembelih dengan cara tertentu.

Dan yang paling penting mereka tidak mencampurkan makanan tenusu dengan daging. Biasanya mereka menjaga makanan dan mengamalkan diet. Pendek kata apa yang Nabi saw nasihat kita dalam bab penjagaan makanan, Yahudi lebih mempraktikannya.

haramain-backpacker-58

haramain-backpacker-61
Kepala kereta api ditukar dan masa ini ambil kesempatan untuk bergambar.

haramain-backpacker-57

haramain-backpacker-59

haramain-backpacker-60

haramain-backpacker-55

haramain-backpacker-56

Keretapi kami mula bergerak laju selepas terkandas. Akhirnya kami sampai di stesen Erlian, China. Dan di sinilah kepala kereta api yang kami naiki akan ditukar.

Erlian adalah pit stop terakhir sebelum memasuki negara Mongolia. Selalunya pertukaran kepala kereta api ini mengambil masa hampir 2 jam dan passport kita juga akan di ambil oleh imergesen untuk diperiksa dan dicop sebelum keluar daripada Erlian.

Kebanyakan keretapi akan berhenti pada stesen berikutnya. Cuma kita kena selalu tengok jadual perhentian kereta api. Kalau lama bolehlah beli barang bekalan makanan.

Apa yang saya boleh katakan kenapa Trans Siberian menjadi ‘dream’ atau impian bagi semua traveller ialah disebabkan pemandangan yang begitu cantik dan indah di sepanjang perjalanan trip ini. Memang superb dan sangat luar biasa.

Disepanjang perjalanan kita dapat melihat bukit yang menghijau, tasik, lembah dan pemandangan serba hijau. Pemandangan ini jangan kita lepaskan bila nak memasuki wilayah negara Mongolia. Kecantikan semulajadi dengan kuda liar berkeliaran dan berkejaran.

haramain-backpacker-71

haramain-backpacker-72

haramain-backpacker-73
Champions are not those who never fail, but those who never quit. –Edwin Louis Cole.
haramain-backpacker-74
Turtle Rock.
haramain-backpacker-75
Behind the scene : Sebelum memulakan pengambaraan bersama team HB.
haramain-backpacker-76
Behind the scene : Sebelum memulakan pengambaraan bersama team HB.
haramain-backpacker-77
Penyambut kami budak-budak ni bagi gula-gula susu kepada kami setelah sampai.

haramain-backpacker-81

haramain-backpacker-89
team HB baru sampai di Gers Camp di National Park.

haramain-backpacker-82

haramain-backpacker-83
Kuda Mongolia.
haramain-backpacker-84
Work station. Tengah hidupkan api dalam khemah, memang sejuk masa ni baru lepas hujan.
haramain-backpacker-85
Team briefing untuk program esok sebelum tidur.
haramain-backpacker-87
Terbangkan drone di Terejli National Park.

haramain-backpacker-86

haramain-backpacker-90
3 hari disini, brother ini banyak tolong saya. Bergambar dulu sebelum naik train ke Irkutsk Russia.

Mongolia ‘The land of land’.

Berbeza dengan bandar yang penuh sesak seperti Beijing, bila anda memasuki Mongolia anda pasti akan merasai suasana yang cukup hening dan tenang. Cuaca yang dingin dengan panorama yang begitu cantik sekali.

Sewaktu kali pertama saya melihat keindahan Mongolia saya terpaku dan tergamam. Udaranya yang bersih, rakyatnya yang peramah dan sentiasa senyum.

Di sini kita mempunyai masalah dari segi komunikasi dan cara yang paling mudah adalah google translate biarpun tak lah 100% apa yang kita cakapkan betul tapi mudah untuk mereka faham itu kira satu rahmat.

Dan selepas 3 hari kami meneruskan perjalanan ke Irkutsk.

haramain-backpacker-91
Atas bukit Olkhon Island sebelum memulakan pengambaraan.
haramain-backpacker-92
Sedikit jerebu disebabkan ada hutan terbakar, view tak nampak jelas.

haramain-backpacker-94

Penginapan saya di salah satu Chalet Makcik Basbuska di Irkutsk ini, dah macam game Farmville. Tapi dekat sini serius kena jimat air. Nak mandi dalam satu masa hanya 3 orang. Jadi kena tunggu air penuh dalam tangki bilik air.

haramain-backpacker-95
Disini selagi ada tanah mereka akan bercucuk tanam. Macam-macam jenis sayur ada. Buah anggur atas kepala saja.

haramain-backpacker-96

Truck army Rusia, sejak tahun 80-an mereka buat truck ini untuk off-road sebab jalan disini memang teruk. Jangan terkejut harga truck ini kalau duit kita MYR 30,000.00 sahaja.

haramain-backpacker-97

Jika ke Irkutsk di kawasan perkampungan, kebanyakan tandas mereka macam ini. Maaf, saya memang tak boleh terima dan tandas seperti ini terlalu busuk dan mengerikan.

haramain-backpacker-98

haramain-backpacker-100
View Lake Baikal.

haramain-backpacker-101

haramain-backpacker-102
Dalam perjalanan pulang, truck kami tiba-tiba rosak. Kena tunggu truck lain untuk towing.

haramain-backpacker-103

haramain-backpacker-104
Truck kami kena towing sehingga balik ke chalet homestay Mak Cik Basbuska.

haramain-backpacker-105

Menaiki train dari Irkustk ke Kazan. Dan train ke kazan antara paling lama iaitu 4 hari. Selama 4 hari saya belajar sesuatu daripada gambar ini. Bagaimana melihat seorang ayah melayan kerenah dan bermain dengan anaknya. Lagi membuatkan rindu kepada anak saya yang ketika ini baru berusia 5 bulan.

haramain-backpacker-106

View dari hotel saya, inilah Bandar Kazan, Rusia. Kazan merupakan wilayah yang terdapatnya komuniti Islam yang terbesar di Rusia. Cantik Bandar ini, ia lebih tersusun.

haramain-backpacker-107

Masjid Marjani Kazan. Dekat sini banyak restoran makanan muslim dan makanan halal. Saya sempat solat magrib disini.

haramain-backpacker-108

haramain-backpacker-109

haramain-backpacker-110
Mercu tanda Bandar Kazan.
haramain-backpacker-111
Behind the scene Shooting di Kazan.
haramain-backpacker-21
Bersama DOP saya Nuh Roslan setelah selesai shooting di Kazan.
haramain-backpacker-33
Train ke Moscow. Perjalanan mengambil masa 1 hari.

Keretapi ini ada 2 tingkat macam keretapi yang ada di Paris. Tapi bilik dia nampak kemas. Dalam trip ke Moscow saya mendapat kawan baru lagi daripada Iraq, Mustafa.

Beliau banyak membantu kami dengan memberikan tips dan bantuan sepanjang berada di Moscow. Perjalanan dari Kazan ke Moscow agak lancar berbanding beberapa perjalanan sebelum ini yang dilalui bersama team HB. Train ke Moscow dari Kazan ada setiap hari.

haramain-backpacker-19
St. Basil Cathedral, Moscow

Apabila buta sejarah?

Ramai orang yang akan selalu bergambar dan selfie di hadapan gereja ini jika tiba di Moscow. Ia seperti satu landmark penting dan tidak lengkap kalau tidak bergambar di hadapannya. Melihat warnanya yang menarik dan berwarna warni membayangkan kegembiraan si pembinanya.

Siapa dan kenapa ia dibina? Beratus tahun dahulu seorang Tsar Rusia yang diberi gelaran Ivan the terrible telah mengarahkan pembinaan gereja ini untuk meraikan jatuhnya kerajaan Islam Tartar ke tangan Rusia.

Beliau telah melakukan ‘massacre” ke atas org Islam dan memaksa rakyatnya memeluk Kristian. Kita sepatutnya sedih dan menangis jika berada di hadapan monumen ini.

haramain-backpacker-35
Kremlin Square.
haramain-backpacker-24
Bandar Old Town Dubrovnik.
haramain-backpacker-40
Dubrovnik, Croatia.

haramain-backapcker-10

haramain-backpacker-41
Bandar Kotor, Montenegro. Biar bandar ini ja nama Kotor, tapi jangan hati kita yang kotor.
haramain-backpacker-44
Lake Shkadar.

haramain-backpacker-45

haramain-backpacker-46

Nama tempat ini Blagaj Tekke yang bermaksud ketenangan. Dibina pada zaman kerajaan Uthmaniyah. Dan disinilah dikatakan punca air sungai di Bosnia. Boleh berhenti disini layan view dan bunyi burung sebelum ke Mostar. Memang tenang.

haramain-backpacker-47
Mostar, Bosnia.

haramain-backpacker-49

View dari atas bukit di Bandar Sarajevo. Tak boleh bayangkan masa peperangan yang berlaku pada tahun 1992 atas bukit ini penuh dengan askar Serb. Mereka dikepung selepas 3 hari baru penduduk Sarajevo tahu yang mereka dikepung dan diserang dengan kejam.

Tapi bagusnya sifat orang Bosnia ini, mereka sentiasa memaafkan dengan apa yang terjadi. Tetapi mereka tidak akan lupa dengan apa yang terjadi. Forgive but never forget.

haramain-backpacker-31

Behind the scen: Shooting di salah satu ‘Hidden Place’ dekat Turki sewaktu dalam perjalanan ke Cappadocia.

cappadocia
Cappadocia, Turki.

haramain-backpacker-28

Urfa, Bukit Urfa ini adalah sejarah bagi kisah Nabi Ibrahim A.S, bagaimana Nabi Ibrahim dicampak ke bawah dari bukit ini ke dalam api.

haramain-backpacker-27

Team HB juga tidak terlepas peluang beramah mesra bersama anak-anak Syria yang telah berhijrah ke Urfa sejak berlaku krisis di Syria.

haramain-backpacker-11

Mendaki Jabal Namrud di Urfa Turkey. Waktu ini angin terlalu kuat dan cuaca sangat sejuk. Boleh bayangkan sampai van kami bergoyang disebabkan angin yang kuat. Fizikal & mental kena kuat nak daki Jabal Namrud ini.

haramain-backpacker-25
Patung-patung yang ada di atas Jabal Namrud ini.

Setelah selesai tugasan di Turki Team HB sudah bersiap sedia dengan pakaian Ihram dan kami berangkat untuk menunaikan Umrah. Masa ini semua masing-masing berdebar dan berdoa agar dipermudahkan urusan ibadah dan kerja kami.

haramain-backpacker-22

haramain-backpacker-3
Host sedang menunggu kenderaan untuk memasuki Tanah Haram, Mekah.

haramain-bacpacker-12

“Ya Allah telah Engkau perlihatkan segala kebesaran dan kekuasaanMU, maka aku memohon hanya sedikit daripadaMU, perlihatkanlah Rahmat, Maghfirah dan kasih sayangMu kepadaku”. Masjidil Haram, Makkah. Saudi Arabia.

haramain-backpacker-4
Masjidil Haram, Mekah. Arab Saudi.
haramain-backpacker-1
Madinah al-Munawarah – Kota Cahaya.
haramain-backpacker-32
Shooting di waktu panas dan suhu waktu ini 45c. ke 50c.
haramain-backpacker-2
Jabal Fil – Bukit gajah di Madain Saleh di mana tempat ini diceritakan didalam Al-quran tentang kaum Tsamud.

madain saleh train

Behind the scene di Madain Saleh: Ini adalah tempat asal ‘ The Hijaz Railway’ yang dibina oleh Sultan Abdul Hamid kerajaan Uthmaniyah. Sejarahnya yang bagus dan patut kita hayati.

Kereta api ini tujuan dibina adalah untuk memudahkan orang Islam menunaikan ibadah haji dan Umrah. Bermula daripada Tabuk, Madinah sampai ke Istanbul Turki.

Laluan kereta api ini hanya separuh sahaja siap. Dan yang lain tidak dapat diteruskan berikutan pergolakkan dan musuh dalam selimut yang menghancurkan idea ini. Sangat sedih. Kalau tidak kita patut berbangga dengan adanya route train ini.

haramain-backpacker-30
Siap ada hospital lagi dalam pembinaan ‘Hijaz Railway’ untuk kemudahan Jemaah Haji pada waktu itu.

haramain-backpacker-24

haramain-backpacker-10

haramain-backpacker-13

haramain-backapcker

Inilah yang merancang dan mengagalkan usaha ‘Hijaz Railway” dan sekali gus ingin menjatuhkan Empayar kerajaan Uthmaniyah ketika itu.

haramain-backpacker-26

Selama 2 bulan lebih saya harungi dalam trip Haramain Backpackers via Trans Siberian ini, banyak yang saya pelajari tentang bagaimana point of view saya, cara melihat dan berfikir dengan apa yang berlaku dalam pengambaraan ini.

Begitu juga dengan menghayati dan mengambil ibrah (pengajaran) perjalanan dakwah Nabi Ibrahim daripada Ufra Turkey ke bumi Haramain.

Berikut saya senaraikan 7 nasihat dan pesanan saya kepada mereka yang akan membuat route trip yang lama seperti mana saya lakukannya sekarang:

1. Travel kerana Allah dan Belajar hargai diri sendiri, family, dan orang lain walaupun ketika travel.

2. Cuba belajar bergaul, bercerita dan kongsikan cerita dengan sesiapa sahaja orang yang mula kita jumpa dan kenal, tidak kisah minat apa pun, faktor politik, tetapi mempunyai matlamat dan niat yang hampir sama. Jangan senyap dan diam bila travel sampai tidak berkawan dengan sesiapa. RUGI.

3. Belajar dan hadam dengan pelbagai ujian dan cabaran yang berlaku di sepanjang trip. Dan jangan cepat panik dan sentiasa tenang. SABAR.

4. Selain kamera, Bawalah buku bacaan bersama dan membaca. Tak kisah buku jenis apa yang penting boleh memberikan inspirasi dan motivasi kepada kita ketika travel. Atau menulis sesuatu selain mengambil gambar kenangan di setiap tempat yang kita pergi, supaya kita tidak terbuang waktu. Dengan hanya melihat semata-mata tidak sama dengan orang yang mengambil ibrah setiap perjalanannya. Read, and read the world.

5. Jangan bawa sikap dalam travel barang aku punya, barang kau punya. Buang sikap ini. Lebihkan sikap tolenrasi dan tolong menolong walaupun siapa pun kita.

6. Traveller yang smart bukan bererti kedekut dan bakhil untuk belanja, tetapi bijak dan tahu mengunakan peluang dengan memilih harga yang murah tetapi selesa dari terlalu inginkan harga murah sehingga ketepikan aspek keselesaan dan yang mana lebih utama sehinggakan tiada kepuasan.

7. Jika kusut dan mempunyai masalah besar dalam hidup, cara yang mudah segera kemas barang dan pikul beg pack terus ambil keputusan hendak travel ke mana. Itu juga ubatnya kata Imam Syafie r.a.

haramain-backpacker-14

Saya juga bercadang akan membuka ruang untuk sesi perkongsian bersama Haramain Backpackers kepada pembaca The Vocket sekiranya ingin mengetahui details tentang route trip perjalanan, pengalaman, tips dan sebagainya.

Anda boleh hubungi saya di Instagram Camelcairo dan juga boleh mengikuti perkembangan kami di Instagram Haramain Backpackers.

Terima kasih The Vocket.

Baca lagi: Pemuda Ini Beranikan Diri Travel Solo Ke Luar Negara Buat Pertama Kali Selepas Baca Vocket