Tular satu video yang merakam kejadian kemalangan melibatkan dua orang rider penghantar makanan di salah sebuah simpang empat jalan raya di Alam Damai, Cheras baru-baru ini.

Rakaman video yang berdurasi kira-kira 20 saat itu menunjukkan ada empat orang rider penghantar makanan dipercayai dalam perjalanan menghantar tempahan pelanggan mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tiga orang membelok ke kiri, manakala seorang lagi dilihat cuba mengelak daripada terlanggar rider lain untuk meneruskan perjalanan ke hadapan walaupun ketika waktu itu lampu isyarat di persimpangan jalan menunjukkan warna merah.

https://twitter.com/My_CrimeWatch/status/1498614221642551298?s=20&t=Iy5IJXNMdf1ajgjRyjCLzA

Beberapa saat kemudian, datang sebuah rider penghantar makanan dari arah berlainan yang cuba mengejar lampu isyarat hijau, lalu merempuh penunggang motosikal tersebut. Kedua-duanya terjatuh dan terseret mengenai penghadang jalan konkrit yang ada berhampiran.

Sejurus kemalangan tersebut berlaku, datang seorang rider penghantar makanan lain yang ada semasa kejadian datang memberikan bantuan kepada kedua-dua penunggang motosikal terbabit.

Warganet yang menonton video yang tular itu memohon agar semua rider penghantar makanan mengambil iktibar supaya tidak melanggar lampu merah atau mengejar lampu hijau semasa menghantar tempahan pelanggan demi keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Anda boleh baca beberapa luahan netizen berkenaan isu ini yang kian berlarutan walaupun sudah banyak banyak kali rakaman kemalangan melibatkan rider penghantar makanan tular di media sosial.

https://twitter.com/spicyifyboy/status/1498643890689409027?s=20&t=Iy5IJXNMdf1ajgjRyjCLzA

Seorang penghantar makanan melambung terbang apabila cuba mengejar masa ketika menghantar tempahan pelanggan. Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut.

Didakwa Langgar Lampu Merah Untuk Kejar Trip, Rider Ini ‘Terbang’ Dilanggar Honda CR-V

Netizen Cemas Lihat ‘Abang Rider’ Dua Kali Nyaris Jadi Mangsa Kemalangan

Panik Dikejar Anjing, ‘Rider’ Ini Cuba Selamatkan Diri Sehingga Rempuh Pagar Rumah Orang

Sumber