Pada akhir bulan lalu, satu Malaysia dikejutkan dengan berita mengenai syarikat Genting Hong Kong telah diisytihar bankrap berikutan tidak boleh meneruskan perniagaan akibat pandemik COVID-19 melibatkan pinjaman tanpa cagaran daripada beberapa buah bank utama negara yang berjumlah kira-kira RM2.51 bilion.

Dua buah kapal Crystal Cruises (Crystal Symphony dan Crystal Serenity) yang beroperasi di bawah unit Genting Hong Kong telah dirampas di Freeport, Bahamas pada 5 Februari, Jumaat malam minggu lalu selepas pembekal bahan api meminta penahanannya ekoran terdapat bil bahan api tertunggak yang berjumlah $4.6 juta (RM19.1 juta).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Peninsula Petroleum Far East Pte, pembekal bahan api yang beroperasi di Singapura itu memfailkan tuntutan undang-undang ke atas Crystal Cruises dan meminta penahanan kedua-dua kapal terbabit selepas bil bahan api tidak dibayar sejak tahun 2017 lagi.

Menurut J. Stephen Simms, peguam utama yang mewakili pembekal dan rekod mahkamah, seorang marshal Amerika Syarikat bersedia untuk merampas kapal itu jika kapal-kapal tersebut berlabuh di Amerika Syarikat. Saman itu juga memperincikan bil yang belum dibayar untuk bahan api yang dihantar ke Crystal Serenity.

Pada dua minggu lalu, kapal mewah Crystal Symphony yang penuh dengan ratusan penumpang dan anak kapal, secara tiba-tiba melencong ke Bahamas daripada lokasi asal menuju ke Miami dalam satu usaha untuk mengelak ditahan selepas waran tangkap dikeluarkan kerana mempunyai hutang perbelanjaan bahan api yang masih belum dibayar.

Pelayaran Crystal Symphony dan Crystal Serenity berakhir bulan lalu dan ketika masa ini tiada penumpang berada di atas kapal, kata Crystal Cruises dalam satu kenyataan kepada Bloomberg News.

Semua gaji anak kapal sudah dijelaskan dan syarikat itu memenuhi obligasi kontraknya bersama anak kapal, kata kenyataan itu. Crystal Cruises berkata ia tidak dapat mengulas terperinci mengenai perkara yang membabitkan undang-undang yang masih belum selesai.

Pihak berkuasa pelabuhan Bahamian, J.Stephens Simms dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat yang mengawasi marshal tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan lanjut, lapor Bloomberg.

Genting Hong Kong telah mendapatkan bantuan mahkamah bagi melindungi asetnya ketika pandemik apabila ia memfailkan kepada Mahkamah Agung Bermuda pada 18 Januari lalu untuk melantik penyelesai sementara selepas melaksanakan ‘semua usaha yang munasabah’ untuk berunding dengan pemiutang dan pihak berkepentingan.

Syarikat itu melaporkan kerugian sebanyak AS$1.7 bilion (RM7.1 bilion) pada Mei selepas COVID-19 menjejaskan industri pelayaran dunia.

Bagaimanapun, Dream Cruises Holding, unit tidak langsung bukan milik penuh Genting Hong Kong menyatakan bahawa ia merancang untuk terus mengendalikan pelayaran, walaupun tempahan baharu telah digantung sehingga diberitahu kelak.

Sebuah kapal kontena ditahan kerajaan Mesir kerana menyebabkan kerugian berbilion-bilion ringgit sepanjang ia tersekat di Terusan Suez.

Kapal Ever Given ‘Ditahan’ Pihak Kerajaan Mesir, Perlu Bayar Ganti Rugi RM4.1 Bilion

Kesesakan Di Terusan Suez Buat Satu Dunia Rugi RM1.6 Bilion Per Jam

Kerana ‘The Ever Given’ Tersangkut, Puluhan Kapal Kontena Terperangkap Di Terusan Suez