Beribu-ribu ‘telur ais’ ditemui di Finland, satu kejadian menurut pakar hanya berlaku dalam keadaan yang tertentu.

Risto Mattila, seorang jurugambar amatur dari Oulu yang menangkap gambar itu, berkata kepada Guardian, dia dan isterinya sedang berjalan di sepanjang pantai Marjaniemi di Pulau Hailuoto pada hari Ahad lalu dan mereka menemui bola berais yang meliputi jarak 30 meter (98 kaki) pantai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dia berkata ‘telur berais’ terbesar yang pernah ditemuinya adalah saiz bola sepak, sambil mengakui ia adalah pemandangan yang menakjubkan selama dia tinggal di sana.

d7abd326-721b-4955-b191-950a54c00b8c_wide_fallback

Jouni Vainio, pakar ais di Institut Meteorologi Finland, berkata kejadian itu luar biasa, tetapi boleh berlaku sekali setahun dalam keadaan cuaca yang betul.

Beliau berkata, kejadian itu akan berlaku apabila suhu udara berada di bawah sifar, ditambah dengan suhu air yang betul (hampir dengan titik beku), pantai yang cetek dan perlahan.

“Tetapi anda memerlukan sesuatu yang bertindak sebagai asas [kepada kejadian tersebut]. Asas tersebut akan mula mengumpul ais disekeliling dan bergerak ke sepanjang pantai – ke depan dan ke belakang. Permukaan bola yang kecil menjadi basah, membeku dan menjadi lebih besar dan lebih besar.

Musim luruh adalah masa yang tepat untuk melihat fenomena ini, menurut Dr James Carter, profesor geografi-geologi di Illinois State University, kerana ini adalah masa ais mula terbentuk di permukaan air.

Berikut adalah fenomena lain yang berlaku di seluruh dunia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Adakah Fenomena 24 Jam Malam Di Svalbard Merupakan Petanda Kiamat?

Anda Baru Terlepas Satu Fenomena Menakjubkan Pagi Ini

Melihat Fenomena ‘Blue Fire’ Di Kawah Ijen, Indonesia Dan Bagaimana Nak Ke Sana