Beratus-ratus tentera Pengawal Nasional terlihat tidur di lantai banggunan Capitol di Washington, lapor Radio.com.

Semalam, sosial media dipenuhi dengan foto-foto pasukan Pengawal Nasional yang tidur di atas lantai Capitol Visitor Center yang terletak di antara Dewan Senat dan bangunan Capitol itu sendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ada sebahagian daripada mereka yang bersandar pada tiang, ada yang tidur di bawah patung bekas presiden, ada juga yang menggunakan beg untuk dijadikan bantal, manakala yang lain pula menggunakan tangga untuk dijadikan katil. Sementara senjata mereka diletakkan dekat dengan mereka.

BuzzFeed melaporkan kira-kira 2,000 anggota Pengawal Nasional ditempatkan di sana pada pagi Rabu, menurut seorang pegawai Jabatan Pertahanan yang mengatakan kepada CBS News bahawa tahap ancaman di Capitol adalah “sangat tinggi” – “lebih tinggi daripada yang dilaporkan” dalam berita.

Tujuan kehadiran tentera ke Capitol adalah bagi mencegah kejadian yang tidak diingini kerana terdapat khabar angin bahawa akan berlaku rusuhan jika anggota tentera Pengawal Nasional tidak dikerahkan ke Capitol.

Salah seorang pegawai Pengawal Nasional berkata sebahagian daripada mereka akan bekerja sebagai pengawal di Capitol setelah terjadinya serangan daripada kumpulan QAnon minggu lalu.

Pengawal Nasional juga menjangkakan bahawa keganasan yang sama akan berlaku ketika Kongres bersambung dengan prosiding pendakwaan dan hari di mana Presiden Joe Biden akan diangkat menjadi Presiden AS pada 20 Jan nanti.

Untuk rekod, difahamkan, sehingga 15,000 anggota Pengawal Nasional akan dikerahkan menjelang hari pelantikan Presiden Joe Biden yang berjaya memenangi pilihan raya yang lalu.

Ramalan kartun The Simpsons tahun lalu akhirnya jadi kenyataan pada hari ini. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Ramalan Kartun The Simpsons Tahun Lalu Akhirnya Jadi Kenyataan Pada Hari Ini