Baru-baru ini, satu sedutan video dari episod program masakan di mana pengarah dan pelakon, Sheila Rusly menjadi juri tetap rancangan tersebut telah tular di media sosial.

Menerusi video viral itu, Sheila Rusly memberi komen ‘pedas’ kepada peserta apabila masakan yang dimasak oleh mereka tidak berjaya menambat hati juri dan rasa masakan juga kurang enak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bukan itu sahaja, Sheila turut menegur peserta kerana potongan kepingan ayam saiz yang berbeza kesemuanya. Malah, dia meninggikan suara sambil menunjukkan ayam yang keras akibat masak terlalu lama.

Rata-rata netizen menganggap caranya agak biadab dengan teguran yang kasar itu. Ramai yang mempersoalkan kredibiliti Sheila dalam bidang masakan memandangkan Sheila bukanlah tukang masak profesional.

Meninjau ke ruangan komen, kebanyakkan netizen mengecam tindakan wanita berusia 51 tahun itu kerana dia tidak sepatutnya menegur peserta dengan begitu teruk sekali. Tambahan, peserta program itu tidak mempunyai latar belakang bidang masakan mahupun tukang masak profesional.

Menurut netizen juga, komen kasar Sheila itu lebih kepada memalukan rancangan Malaysia berbanding negara lain kerana menjemput juri yang ‘over’ untuk menjadi juri.

Difahamkan, Chef Adu dan Sheila Rusly menjadi juri tetap di sebuah rancangan bertajuk Dapur Tempur yang menampilkan lapan pasangan keluarga minat dalam bidang memasak untuk bertanding.