Global Finance sebelum ini telah mengeluarkan senarai lima negara terkaya di dunia. Negara-negara yang disenaraikan ini sebenarnya adalah negara yang mempunyai penduduk yang sedikit dan wilayah jajahan yang kecil.

Antara faktor mengapa negara kecil mempunyai hasil kekayaan yang tinggi adalah disebabkan kebolehan mereka menarik pelaburan asing sambil dibantu oleh sektor kewangan dan sistem cukai yang baik.

Dari senarai lima negara terkaya di dunia, dua daripadanya berada di Asia. Sementara itu, terdapat dua negara dari rantau Asia Tenggara yang berjaya masuk ke dalam senarai lima negara terkaya di dunia.

doha-cityscape-skyscrapers-qatar-wallpaper-preview
Qatar

Dikedudukan pertama adalah Qatar, dengan KDNK-PPP mencapai USD$ 132,886. Sumber kekayaan Qatar datang dari pelbagai sektor. Antaranya adalah minyak, gas dan petrokimia.

Selain itu, seni bina moden, pusat membeli-belah, dan sajian kuliner yang mewah juga adalah antara faktor yang berjaya menarik minat pelabur dan pelancong asing untuk mengunjungi negara itu. Jumlah penduduknya juga sangat kecil, iaitu 2.8 juta orang.

u28eLN
Macao

Di tempat kedua adalah Macao. Negara yang berada di bawah pentadbiran khas Republik Rakyat China ini telah berjaya menghasilkan kekayaan yang luar biasa. Dengan populasi lebih dari 600,000, Macao mempunyai lebih dari 40 kasino di wilayah yang mempunyai keluasan kira-kira 30 kilometer persegi.

Luxembourg adalah negara ketiga terkaya di dunia. Negara kecil di Eropah ini terkenal dengan seni bina istana, pemandangan luar bandar, dan festival budaya dan gastronomi.

wp2213325
Luxembourg

Namun, negara yang mempunyai 600,000 penduduk menggunakan kekayaannya untuk rakyat. Sebahagian besar sumber kekayaan mereka telah digunakan untuk perumahan, insurans kesihatan dan program pendidikan yang lebih baik.

Negara keempat terkaya di dunia jatuh kepada Singapura. Bagi pelabur asing, Singapura adalah syurga bagi sebahagian syarikat bertaraf dunia. Malah, sebahagian orang kaya lebih suka untuk menetap di Singapura berbanding negara lain.

189065
Singapura

Antaranya adalah Zhang Yong, salah satu orang terkaya di dunia dengan nilai kekayaan dianggarkan sebanyak USD$ 16 bilion telah memilih untuk tinggal di Singapura. Selain itu, salah seorang pengasas Facebook, Eduardo Saverin dengan nilai kekayaan dianggarkan sebanyak USD$ 14 bilion juga memilih untuk tinggal di negara kecil ini.

Selain Singapura, wakil Asia Tenggara yang berjaya berada di kedudukan terakhir sebagai negara terkaya di dunia ialah Brunei Darussalam. Dipimpin oleh Sultan Hassanal Bolkiah, negara kecil ini memiliki kekayaan luar biasa sekitar USD$ 28 bilion, dan kekayaan Brunei datang dari sumber minyak dan gas asli.

wp2192903
Brunei Darussalam

Sumber kekayaan ini juga telah menjadikan Sultan Hassanal Bolkiah antara raja yang kaya di dunia. Dia memiliki sebuah istana dengan 1,788 bilik, 257 bilik mandi, dewan jamuan yang mampu memuatkan lebih 5,000 tetamu, sebuah masjid untuk 1,500 jemaah, 200 ekor kuda polo, kolam renang dan 18 lif.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

500 Manusia Terkaya Dunia Rugi RM411 Bilion Akibat Kejatuhan Pasaran Saham

Dalam Masa Beberapa Jam, Pengasas Zoom Berjaya Catat Keuntungan Sebanyak RM17 Bilion

Penjual Air Botol Jadi Individu Terkaya Di China, Bagaimana Dia Menewaskan Jack Ma?