Seperti yang sedia maklum, vaksin COVID-19 telah sampai di Malaysia pada 21 Februari yang lalu dan kini semua orang di Malaysia boleh mendapatkannya dengan cara mendaftar di applikasi MySejahtera.

Terdapat cara untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksin COVID-19, mudah sahaja dan anda dapat menyelesaikannya dalam hanya beberapa minit. Berikut adalah langkah-langkahnya :

collage23

1. Kemas kini aplikasi MySejahtera anda dan setelah itu anda akan dapat lihat bahagian baharu untuk pendaftaran vaksin.

2. Tekan butang pilihan vaksin COVID-19 pada skrin utama Mysejahtera dan anda akan dapat melihat dan mengemas kini profil anda bagi memastikan nama, nombor IC atau Pasport dan nombor telefon anda betul.

collage21

3. Setelah disahkan, anda boleh terus mendaftar untuk program vaksinasi. Namun Fasa 1 yang akan bermula hari ini hanya untuk kumpulan barisan hadapan. Anda boleh terus mendaftar dan akan diberitahu ketika fasa seterusnya bermula.

4. Dibahagian ‘Click Here’, anda akan dibawa untuk menjawab empat soalan yang merangkumi minat anda untuk mendapatkan vaksin. Jawab semua soalan untuk menyelesaikan pendaftaran vaksin COVID-19 anda.

collage3

Difahamkan kemas kini terbaharu ini hanya untuk sistem iOS, manakala versi Android perlu menunggu kemas kini terbaharu yang akan segera dilancarkan.

Untuk rekod, fasa pertama akan merangkumi 500,000 kumpulan barisan hadapan dari Februari hingga April 2021. Fasa 2 akan berlangsung dari April hingga Ogos 2021 yang merangkumi 9.4 juta orang. Manakala Fasa 3 akan bermula Mei 2021 sehingga Februari 2022 dengan melibatkan 13.7 juta orang.

Melawan teori anti vaksin yang kaitkan pesawat OneWorld dengan ‘agenda dajjal’. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Melawan Teori Anti Vaksin Yang Kaitkan Pesawat OneWorld Dengan ‘Agenda Dajjal’

Vaksin Pfizer-BioNTech Tiba 21 Feb, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Akan Bermula 26 Feb