Bukan hanya di Malaysia, malah di seluruh dunia sedang bergelut untuk membendung penularan wabak COVID-19. Umum mengetahui bahawa jika pesakit meninggal dunia akibat terkena jangkitan COVID-19, urusan pengurusan jenazah akan dilakukan oleh pihak hospital untuk memastikan tiada kesilapan dalam proses pengurusan jenazah yang boleh menyebabkan penularan wabak tersebut kepada orang lain.

Terbaharu, tular video jenazah disyaki terkena jangkitan COVID-19 di daerah Kolaka, Indonesia telah diambil keluarganya. Apa yang mengejutkan adalah ahli keluarga mangsa telah membawa pulang jenazah dengan menggunakan kereta sendiri dan telah membuka plastik yang membaluti jenazah serta ada yang memeluk dan mencium jenazah.

Difahamkan jenazah mempunyai sejarah perjalanan menunaikan umrah. Tindakan ahli keluarga membuka plastik yang telah di antisipatif kini membuatkan orang sekeliling terutama sekali yang memeluk dan mencium jenazah dalam keadaan bahaya kerana berkemungkinan terdedah dengan wabak tersebut.

Untuk pengetahuan anda, jenazah tersebut merupakan Pesakit dalam Pengawasan (PDP) COVID-19 yang meninggal dunia di Hospital Bahteramas, Sulawesi Tenggara pada Isnin lalu. Menurut Pengarah Hospital Bahteramas, Dr Sjarif Subijakto mengatakan bahawa pengurusan jenazah telah dilakukan mengikut SOP sebelum pihak keluarga datang menuntut jenazah.

Walau bagaimanapun, keputusan sama ada jenazah mempunyai COVID-19 tidak dinyatakan kerana mangsa meninggal dunia sebelum keputusan keluar. Akan tetapi jika terbukti jenazah positif COVID-19, maka ahli keluarga dan orang kampung berisiko dijangkiti COVID-19.

Apakah pandangan anda mengenai isu ini? Sementara itu, baca artikel berkaitan COVID-19 di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Hampir 4,000 Petugas Perubatan Di Sepanyol Dijangkiti Wabak COVID-19

Pelajar PhD Malaysia Ini Bantu Cipta ‘Test Kit’ Kesan COVID-19 Bersama Universiti Oxford

Berbekalkan Semangat Yang Tinggi, Wanita Hamil 3 Bulan Ini Kongsi Pengalaman Bebas COVID-19