Ini ada berita baik untuk para pemuzik! Kumpulan MyCreative (MyCreative) kini menawarkan dana untuk membantu mereka yang berminat dalam industri muzik.

Jika anda tidak tahu, MyCreative adalah sebuah badan pelaburan kerajaan yang bermatlamat untuk membangunkan industri kreatif Malaysia dengan memberikan pembiayaan strategik dan inovatif kepada mereka yang mempunyai minat dalam segala bidang seni, daripada seni visual hingga pembuatan kandungan.

Baca Juga:

Ditubuhkan pada September 2012, mereka terus melabur dan menyokong dalam syarikat dan organisasi kreatif Malaysia untuk membantu penggiat seni berkembang. Dalam Bajet 2012 Malaysia, RM200 juta diperuntukkan untuk meningkatkan industri kreatif Malaysia.

Tujuan MyCreative adalah untuk menjadi pusat sumber utama bagi industri kreatif Malaysia, memupuk bakat dan usahawan kreatif tempatan, serta meningkatkan pertumbuhan industri untuk seiring dengan negara-negara lain.

Mereka yang mencari peluang untuk memasuki pasaran muzik tempatan boleh melakukannya dengan memohon Dana Kandungan Digital (DKD)

Sebelum ini dikenali sebagai Dana Industri Kandungan Digital (DIKD), dana ini diperkenalkan pada tahun 2015 sebagai lanjutan Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN), yang ditubuhkan pada tahun 2012 dengan kerjasama Content Malaysia Pitching Centre (CMPC).

Tujuan utama entiti ini adalah untuk memberikan bantuan kewangan kepada pemuzik tempatan, membantu mereka dalam membangunkan industri kreatif seiring dengan kandungan yang mereka hasilkan.

Terdapat empat jenis dana yang ditawarkan oleh DKD dengan peruntukan jumlah yang berbeza-beza untuk geran sehingga RM300,000

1. Dana Pemasaran Dan Promosi Antarabangsa

Dana Pemasaran Dan Promosi Antarabangsa bertujuan untuk menyokong penyertaan pemuzik dan artis, serta hasil kerja muzik yang berpotensi dalam meningkatkan akses kepada muzik Malaysia berkualiti tinggi di luar negara.

Untuk itu, mereka memperuntukan sehingga RM300,000 untuk dana ini. Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Pemuzik, sila memohon di sini. Permohonan pertama dibuka dari sekarang hingga 5 Mei 2023 dan permohonan kedua akan dibuka dari 2 Jun hingga 14 Julai 2023.

Sila rujuk pada panduan untuk permohonan di sini.

2.Dana Kebolehan Pasaran (Domestik)

Jika anda ingin membangunkan muzik anda secara lokal, anda boleh memohon Dana Kebolehan Pasaran (Domestik). Dana khas ini menyokong pembuatan dan promosi genre muzik yang berbeza-beza dalam negara.

Peruntukan sehingga RM100,000 disediakan untuk mereka yang merancang untuk memajukan bakat dan seni mereka dalam arena muzik tempatan. Hanya satu permohonan akan dibuka untuk dana ini dari 23 Mac hingga 19 Mei 2023. Jangan lepaskan peluang ini untuk menyebarkan muzik anda di seluruh Malaysia!

Anda boleh memohon Dana Kebolehan Pasaran (Domestik) di sini dan melihat panduan mereka di sini.

3. Dana Persembahan Muzik

Dana ketiga yang ditawarkan oleh MyCreative adalah Dana Persembahan Muzik. Dana ini menyumbang kepada perancangan dan pelaksanaan acara yang berkaitan dengan persembahan muzik dan konsert, yang memberi keutamaan kepada artis-artis tempatan dan yang baru muncul, serta mencipta lebih banyak peluang pekerjaan bagi mereka yang berminat dalam industri muzik.

Sehingga RM300,000 akan diperuntukan untuk dana yang berfokus pada persembahan ini. Jika anda berminat untuk memohon, anda boleh melakukannya di sini. Untuk mengetahui sama ada anda layak untuk itu, anda boleh semak panduan mereka di sini.

4. Dana Irama Perpaduan

Dana keempat yang ditawarkan oleh MyCreative adalah Dana Irama Perpaduan yang baru sahaja diperkenalkan tahun ini.

Peruntukkan sehingga RM50,000 disediakan untuk penciptaan lagu bertemakan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, atau lagu patriotik yang bertemakan kenegaraan dalam pelbagai jenis muzik dan genre yang bersesuaian oleh penggiat industri muzik di Malaysia.

Tarikh permohonan dibuka sehingga 12 Mei 2023 di sini dan sila rujuk pada panduan pemohonan di sini.

Ingin mendapat maklumat lanjut mengenai dana-dana yang disediakan ini? Layari laman web MyCreative untuk mengetahui dengan lebih mendalam dan memohon dana yang sesuai dengan bakat dan usaha kreatif anda. Selamat berjaya!