Setiap tahun pasti ada sahaja model iPhone yang dilancarkan Apple dan pada setiap kali dilancarkan pastinya terdapat berita sensasi tentang bagaimana orang ramai mendapatkannya.

Terbaharu, belum sempat dua bulan iPhone 11 dilancarkan, nampaknya berita mengenai iPhone 12 sudah mula dibincangkan dengan kehadiran empat kamera belakang beserta rekaan yang baharu.

IeyF5TFq
HYPE
Skrin, Bateri & Storan Lebih Besar, HUAWEI Y9 Series Sedia Ditawarkan Daripada Harga RM799 Sahaja!
Baca lagi →

Meskipun sekadar konsep, berita ini sekaligus membuatkan pengguna iPhone 11 berasa tidak senang hati kerana baru sahaja mendapatkan model terbaru iPhone ini beberapa minggu atau bulan yang lalu. Berikut merupakan perkongsian netizen mengenai berita kehadiran iPhone 12 yang bakal dilancarkan pada tahun hadapan.

Screen Shot 2019-11-14 at 11.09.33 AM

Screen Shot 2019-11-14 at 11.12.26 AM

Screen Shot 2019-11-14 at 11.12.04 AM

Melihat kepada komen lucu netizen di luar negara, mungkin sudah tiba masanya netizen menyedari tidak akan habisnya sekiranya sering mengikuti perkembangan model iPhone sebaliknya memilih model yang diperlukan adalah yang lebih baik.

Di sebalik kegelisahan orang ramai, iPhone 11 Pro dilihat masih berbaloi dimiliki sekiranya anda mahu mendapatkan model terbaik daripada iPhone setakat ini memandangkan iPhone 12 dijangka bakal dilancarkan sekitar September tahun hadapan.

Sebelum ini, seorang ‘pak cik’ disindir kerana berjaya menjadi pembeli terawal iPhone 11 sebelum menyedari beliau adalah seorang doktor pakar di Kelantan. Turut dikongsikan kehebatan kamera iPhone 11 Pro yang membuatkan orang ramai teruja.

Disindir Kerana Jadi Pembeli Pertama iPhone 11, ‘Pak Cik’ Ini Sebenarnya Doktor Pakar Di Kelantan

Tonton Kehebatan Kualiti Video Apple iPhone 11 Pro Dalam Rakaman 4K

Anda Mungkin Suka