Usahawan dan pendakwah Ustaz Ebit Lew, memang cukup terkenal dengan sifatnya yang pemurah. Di mana ada kesusahan, di situlah beliau ada untuk menghulurkan bantuan.

Wajah dan kisah kerja amalnya memang seringkali menghiasi portal-portal media. Akan tetapi, baru-baru ini telah tular di media sosial apabila video pendakwah tersebut tersenarai dalam sebuah artikel di forumย Allkpop,ย iaitu sebuah portal rasmi untuk berita-berita berkenaan industri hiburan Korea.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
ustaz ebit lew allkpop
SUMBER: ALLKPOP

Video pendakwah yang dilihat sedang mengedarkan makanan dan bantuan untuk frontliner itu telah tersenarai di dalam artikel tersebut kerana beliau menggunakan lagu ‘Mmmh’ dendangan Kai EXO sebagai lagu latar untuk videonya.

Meskipun video tersebut tersenarai kerana lagu yang digunakan, sifat keprihatinan pendakwah tersebut telah berjaya mendapat perhatian dan pujian oleh peminat-peminat K-Pop.

https://twitter.com/epic_shujinko/status/1353585834029531138

Bercakap tentang kumpulan EXO, baru-baru ini para peminat kumpulan tersebut telah berganding bahu untuk mengumpulkan derma dan menyalurkan dana tersebut ke Pertubuhan Kasih Umat Malaysia yang dinaungi oleh Ustaz Ebit Lew.

Projek yang diberi nama #fromMALAYSIANEXOL tersebut telah berjaya mengumpul derma sebanyak RM3811.16. Pemurah sungguh peminat EXO di Malaysia ini, kan?

Apa pun, bila sudah sampai ke Korea ni, diharapkan pertubuhan pendakwah Ustaz Ebit Lew akan dapat menarik perhatian lebih ramai lagi penderma agar lebih banyak lagi bantuan yang boleh dihulurkan.

Baca juga perkongsian kami yang lain mengenai Ustaz Ebit Lew melalui pautan di bawah.

Ebit Lew Terima Lebih 40,000 Mesej Selepas Umum 100 Tablet Percuma Buat Pelajar

Pernah Bekerja Sebagai Penulis Dan Miliki Kereta Kancil, Ebit Lew Kongsi Kisah ‘Aunty Foodpanda’

Bukan Setakat Manusia, Haiwan Di Zoo Negara Juga Dapat Bantuan Ustaz Ebit Liew