1. Caj tolong berdoa di Mekah

Tidak pasti adakah disebabkan faktor kos sara hidup yang membebankan mendorong seseorang untuk bertindak diluar jangkaan. Sejak semalam kecoh benar di media sosial berkenaan perkhidmatan yang menawarkan doa di Mekah. Menurut pemerhatian kami, perkhidmatan ‘tolong’ berdoa di Mekah ini ditawarkan mengikut pakej dengan harga tertentu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pakej berdoa solat 5 waktu dikenakan caj RM750, manakala berdoa di depan Kabah pula berharga RM500. Caj perkhidmatan berdoa yang ditawarkan ini boleh mencecah daripada RM500 sehingga RM1500. Bagaimanapun, perkhidmatan ini mendapat kecaman teruk dari netizen, ada yang menggelarkan perbuatan ini sebagai menjual agama.

Baca juga: Hal Doa Tengah Viral, Ini 7 Jenis Yang Sudah Ada Di Kalangan Kita

Vocket

2. Abang tiri pemimpin Korea utara dibunuh di Malaysia

Abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Nam dilaporkan telah dibunuh di Malaysia. Menurut berita yang dilaporkan oleh agensi Korea Selatan, King Jong-Nam dibunuh pada pagi Isnin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Dipercayai, kes kematian adalah disebabkan diracun oleh dua ejen wanita dari Korea Utara yang masih bebas. Maklumat lanjut masih dalam siasatan.

Baca: Kematian Kim Jong-nam, 2 Sebab Hubungan Malaysia-Korea Utara Tidak Terjejas

Sumber laporan

3. Tumbuk muka anjing dan lari minta tolong

Panik digigit anjing,  Aiman Rosly kanak-kanak berusia 12 tahun nekad menumbuk muka haiwan tersebut dan terus melarikan diri meminta bantuan. Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam waktu tempatan ketika dia dalam perjalanan ke rumah ibu saudaranya di Taman Bandar Baru, Sungai Petani, kelmarin.

Aiman Rosly mengalami sedikit cedera dan masih trauma dengan kejadian sudah mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Sumber laporan

4.  Kelantan cuti pada 19 Febuari semperna peristiwa himpunan RRU

Kerajaan Negeri Kelantan mengisytiharkan 19 Februari ini sebagai cuti peristiwa sempena Himpunan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, keputusan itu dibuat bagi membolehkan rakyat Kelantan hadir beramai-ramai ke perhimpunan yang dijadual berlangsung pada 18 Februari.

Sumber laporan

5. Penetuan waktu solat bukti bumi sfera bukan mendatar

PAKAR Fizik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Syed Yusainee Syed Yahya menentang sekeras-kerasnya teori kepercayaan yang mendakwa bumi berbentuk datar. Beliau mengupas satu hujah yang menangkis pendapat  bumi ini mendatar menerusi ilmu falak.

“Penentuan kedatangan dan kedudukan anak bulan, penetapan waktu solat secara tepat dan automatik dilakukan berdasarkan kiraan bumi berbentuk sfera. Itu belum lagi termasuk kiraan peristiwa gerhana bulan dan matahari yang boleh dikira sehingga ketepatan dalam bacaan saat. Apa yang boleh saya katakan ialah, semua yang telah sah dicapai dan dikongsikan adalah mustahil jika pendapat bumi ini datar diterima,” tegasnya.

Selain daripada itu beliau turut menjelaskan teori ini kemudian lebih dipercayai apabila ada nama besar lain yang bersetuju seperti Ibnu Sina. Mereka tidak pula membawa pendapat saintis lain zaman itu setara ilmunya iaitu Al-Khawarizmi yang percaya bahawa bumi ini bulat (sfera), katanya

Sumber laporan