1. 2 wanita bunuh Kim Jong Nam mati

Dua wanita yang disyaki membunuh abang tiri pemimpin Korea Utara, Jong nam didakwa ditemui mati. Menerusi rakaman kamera litar tertutp CCTV di Lapangan Terbang Antara Bangsa Kuala Lumpur, salah seorang yang disyaki pembunuh memakai tshirt berwarna cerah dengan perkataan ‘LOL’.

apple-iphone-11-pro-camera-memes-01
HYPE
5 Mitos Yang Tidak Benar Tentang iPhone 11
Baca lagi →

Pembunuh disyaki bertugas sebagai ejen khas Korea Utara. Sebelum ini, sudah menjadi amalan ejen khas Korea Utara untuk membunuh diri selepas menamatkan misi mereka dan perkara ini pernah berlaku beberapa kali. Sementara itu, jurucakap polis Malaysia, Fadzil Ahmat beranggapan Jong Nam mungkin diracun menggunakan sehelai kain

Sumber laporan

2. Malaysia sekali lagi jadi tumpuan dunia

Malaysia mula menjadi sebutan dan tumpuan dunia berhubung dengan tragedi kehilangan penerbangan Malaysia Airlines, MH370 pada 8 Mac 2014. Tidak cukup dengan itu, syarikat penerbangan yang sama, MH17 ditembak jatuh di Ukraine sehingga mengorbankan 298 nyawa mula menjadi isu panas di media antarabangsa.

Kemudian disusuli pula dengan isu 1MDB, dan yang terbaharu adalah kes pembunuhan Kim Jong Nam di Lapangan Terbang Kuala Lumpur. Kejadian ini sedikit sebanyak menimbulkan banyak kontroversi dan persoalan dari seluruh dunia. Tidak kurang ada juga yang bimbang dengan tanggapan orang terhadap rakyat Malaysia terutama bila berada di luar negara.

Gambar: Sinar Harian

3. Maut kepala digilis lori 5 tan

Mohd Syawalludin Abdul Walid, berumur 17 tahun yang merupakan pelajar di SMK Pulau Serai, Dungun maut dalam satu nahas jalan raya  di kilometer 73.5 Jalan Kuantan -Kuala Terengganu, Pulau Serai, di sini, kelmarin. Mangsa bersama rakannya menunggang motosikal dipercayai tercampak ke laluan bertentangan selepas merempuh kenderaan Toyoto Estima kemudian digilis sebuah lori 5 tan.

Mangsa meninggal dunia ditempat kejadian, manakala rakannya Muhammad Zulkarnain Mustafa Harun, cedera dan hampir putus kaki.

Sumber laporan

4. AirAsia jangka jumlah penumpang meningkat

AirAsia Bhd menjangka jumlah penumpang meningkat sebanyak 10 % pada tahun ini berikutan usaha berterusan syarikat tersebut memperluaskan rangkaian dan kumpulan pesawat. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Aireen Omar, syarikat penerbangan tambang murah itu akan memperoleh tujuh lagi pesawat dan menambah destinasi antarabangsa dari Kuala Lumpur pada tahun ini.

Baru-baru ini, AirAsia menawarkan lapan laluan di India iaitu ke Bengaluru, Chennai, Hyderabad, New Delhi, Kochi, Kolkata, Trichy dan Visakhapatnam, dari habnya, Kuala Lumpur. Syarikat sekutu, Thai AirAsia mengadakan perkhidmatan ke empat bandar di India dari Bangkok.

Sumber laporan

5. Valet Doa tetap diteruskan walaupun dikecam

Walaupun dikecam teruk berkaitan servis tolong berdoa di Mekah, pengasas Valet Doa, Hasrin Harin dalam satu kenyataan menjelaskan beliau tetap akan meneruskan perkhidmatan tersebut walaupun dikecam teruk.

Menurutnya, perkhidmatan membacakan doa di hadapan Kaabah diperkenalkannya itu bertujuan memudahkan individu mempunyai masalah tidak dapat pergi menunaikan umrah dalam masa terdekat. Selain dari membuat promosi, antara gimik terbaharunya adalah jaminan pulangan wang jika doa tidak dimakbulkan.

Dalam kes ini, Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan satu artikel khas bertajuk ‘BAYAN LINNAS SIRI KE-85: PENJELASAN TENTANG VALET DOA‘  yang membahaskan lebih lanjut berhubung isu ini. Sila rujuk di sini.

Sumber laporan

Anda Mungkin Suka