1. Kanak-kanak jadi buruh paksa

Jenayah sindiket pemerdangan manusia kini benar-benar berlaku di Malaysia. Terbaharu, polis Perak mengesahkan terdapat kanak-kanak yang digunakan sebagai buruh paksa di Gerik, Perak. Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan menjelaskan, berdasarkan maklumat yang diterima serta siasatan terperinci yang telah dilakukan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Namun kita tidak boleh mendedahkan dengan lebih terperinci mengenai siasatan kes ini demi menjaga keselamatan pemberi maklumat,” katanya. Pada 26 Februari lalu, pihak polis menyelamatkan 18 warga tempatan termasuk lima kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia di daerah Kecil Kroh, Belukar Semang, Kampung Tasek di Pengkalan Hulu.

– Sumber laporan

2. Viral berita palsu Ustaz Bollywood meninggal dunia

Kecoh di media sosial berkenaan berita kematian Ustaz Haslin Baharim atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Bollywood. Tindakan mereka yang terlibat dalam menyebarkan berita palsu ini memang tidak beradab dan dilabelkan sebagai sesuatu yang kurang ajar.

Meskipun berhadapan dengan situasi sebegini, namun Ustaz Haslin dalam satu temubual menyatakan beliau langsung tidak berdendam dan sedia memaafkan kesalahan mereka. Ustaz Haslin ketika ini berehat di rumahnya di Kuala Selangor selepas keluar daripada hospital pada 31 Januari lalu.

Sumber laporan

3. Petronas dan Saudi Aramco cipta sejarah dalam industri minyak dan gas

Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Saudi Aramco hari ini menandatangani Perjanjian Pembelian Saham (SPA) bagi penyertaan ekuiti syarikat minyak Arab Saudi itu dalam projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor.

Majlis pemeteraian itu disaksikan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini. Perjanjian ini merupakan peristiwa bersejarah bagi industri minyak dan gas kerana dua syarikat minyak terkemuka berkongsi dalam membangunkan projek baharu bertaraf dunia.

Sumber laporan

4. Harap ada khabar gembira buat bakal jemaah haji Malaysia

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Malaysia berharap Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud akan memberi perkhabaran gembira berhubung cadangan menambah kuota jemaah haji negara tahun ini.

Hasrat Malaysia itu dilihat semakin cerah susulan pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Raja Salman pada Isnin. Buat masa ini kata Jamil Khir, pihaknya masih menunggu sebarang keputusan mengenai cadangan berkenaan daripada Raja Arab Saudi.

Sumber laporan

5. Malindo Air tawar penerbangan murah RM39.00

Malindo Air menawarkan tambang promosi istimewa daripada serendah RM39 sehala ke pelbagai destinasi sempena kempen ‘Malindo Air Early Bird Gets the Deal’, hingga 5 Mac 2017. Promosi ini boleh ditempah menerusi dalam talian, kaunter tiket Malindo Air atau melalui agensi pelancongan untuk tarikh penerbangan dari 1 April sehingga 30 November ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy, berkata kempen itu adalah jualan terbesar syarikat penerbangannya bagi tahun 2017 dengan menawarkan lebih sejuta tempat duduk.

Sumber laporan