1. Shah dapat pingat gangsa

Pelumba basikal negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom berjaya memperoleh pingat gangsa dalam satu acara keirin kategori lelaki di Track Cycling World Cup di Los Angeles, Amerika Syarikat. Meraikannya dengan penuh gembira, Menteri Belia Dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, ini satu pencapaian yang baik buat pelumba negara berusia 22 tahun itu.

Sumber laporan

2. Bekas pengarah Felda pecah amanah

Bekas Pengarah Besar Felda, Datuk Faizoull Ahmad dan bekas Timbalan Pengarah Besar (Pengurusan Sumber Strategik) Felda, Muhammad Sufi Mahbub didakwa di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur atas tuduhan pecah amanah berjumlah RM47.6 juta, tiga tahun lalu. Namun, keduanya mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan.

Dia didakwa meluluskan pembayaran RM25.9 juta dan RM21.6 juta tanpa kelulusan lembaga pengarah atau jawatankuasa tender Felda pada 2014. Sementara itu, Faizoull pula dituduh bersubahat dengan Muhammad Sufi atas dua pertuduhan sama.

Sumber laporan

3. Dua wanita didakwa pembunuh Kim Chol

Dua wanita, Doan Thi Huong dan Siti Aisyah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki warga Korea Utara, Kim Chol. Kedua-dua mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut bersama-sama empat lagi individu yang masih bebas di Balai Berlepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), kira-kira pukul 9 pagi, 13 Februari lalu.

Thi Huong, warga Vietnam dan Siti Aisyah, warga Indonesia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman mati mandatori.

– Berita penuh

4. Ekonomi Malaysia Kini Kukuh

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pencapaian Malaysia dalam Indeks Ekonomi Paling Inovatif 2017 Bloom­berg adalah satu lagi bukti dasar dan pelan ekonomi yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) tepat dan membuahkan hasil.

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan terus menggandakan usa­ha untuk memacu negara ke arah kemajuan berteraskan rakyat.

“Alhamdulillah, Malaysia disenaraikan di tangga ke-23 dalam Indeks Ekonomi Paling Inovatif 2017 Bloom­berg, kedudukan yang mendahului banyak negara yang lebih maju.

“Kedudukan ini meningkat dua anak tangga berbanding tahun sebelumnya pada tangga ke-25, malah le­bih membanggakan, ia dicapai tatkala negara-negara maju lain menyaksikan penurunan dari segi kedudukan mereka,” katanya menerusi laman Face­booknya semalam.

Menurut Indeks Ekonomi Pa­ling Inovatif 2017 Bloomberg (www.bloomberg.com), Malaysia disenaraikan di tangga ke-23 paling inovatif berbanding negara-negara maju yang lain

Bernama

5. BoBoiBoy kutip 19 Juta

Hari ini bermulanya tanyangan animasi BoBoiBoy di seluruh Korea Selatan, lebih dari 100 pawagan terlibat. Ini juga merupakan filem Malaysia yang pertama berjaya menembusi pasaran negara itu.

Korea menjadi negara ke-5 menayangkan filem BoBoiBoy The Movie selepas Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Kutipan kasar untuk 4 negara ini telah mencecah lebih RM19 juta. Menurut Monsta, mereka amat yakin koleksi tiket di Korea nanti mampu menjadikan filem BoBoiBoy The Movie selaku filem paling laris dalam sejarah perfileman tempatan.

Sumber laporan